PUDINA | Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan. Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang. Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh pada spika di hujung batang. | UMUM | |
TAWAS | Tawas ialah nama kumpulan tertentu garam ganda dua. Garam ganda dua terdiri daripada dua garam ringkas yang membentuk hablur bersama-sama dalam perkadaran yang sama. | UMUM | |
PUNCA KUASA DUA | Punca kuasa dua bagi sesuatu nombor ialah nombor kedua yang jika didarabkan dengan dirinya sendiri akan menghasilkan nombor yang asal. Misalnya, punca kuasa dua bagi 4 ialah 2, kerana 2 X 2 = 4. Simbol untuk punca kuasa dua, dikenali sebagai tanda radikal , √ . Misalnya √ 25 = 5 dan √ 4 = 2. Nombor negatif –2, juga merupakan punca kuasa dua bagi 4, kerana –2 X –2 = 4. Setiap nombor yang positif mempunyai punca kuasa dua positif dan negatif. Kedua-dua punca kuasa dua ini selalunya mempunyai nilai nombor yang sama. | UMUM | |
TEOREM PYTHAGORAS | Teorem Pythagoras , dalam geometri, menyatakan bahawa dalam segi tiga bersudut tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua bagi dua sisi yang lain. Segi tiga bersudut tegak mempunyai satu sudut yang bersamaan dengan 90 ° . Hipotenus ialah sisi yang bertentangan dengan sudut tegak. Formula teorem Pythagoras ditulis sebagai: c²= a² + b ² | UMUM | |
PEREKATAN | Tarikan molekul yang dikenakan antara dua jasad atau dua bahan yang bersentuh. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
SHOVE-HALFPENNY | Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua orang pemain atau dua buah pasukan. Permainan ini dimainkan di atas papan yang berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan kepada dua petak. Pemain menggunakan lima cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25 milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera terjuntai di hujung papan. Mereka cuba memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan. Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak. | UMUM | |
TEORI DUA SAPUT | Teori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
KERAJAAN DUA SICILY | | UMUM | |
BAHAGI DUA | | BUDAYA | Konsep |