Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.li] | دولي

Definisi : 1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke bawah ~ tuanku kpd baginda; mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyem­bah, sujud kpd raja; b) mengerjakan perintah raja; berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, ber­cemar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.li] | دولي

Definisi : 1 (bahasa Melayu klasik) baginda: Maka ~ Yang Maha Mulia Sultan Perak pun berangkat pulang ke istana. 2 kaki: bercemar ~ mengotorkan kaki; berjalan; berangkat; mata ~ buku lali. 3 debu; abu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duli


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANGERAN BENDAHARA

PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca.  Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil).  Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa.  Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32).  Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PANGERAN DIGADONG

PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619).  Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad  Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru.

SASTERAKarya

Kembali ke atas