DUNGUN, sebuah daerah di Terengganu, yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Luasnya 2735 km persegi dan mempunyai lebih kurang 85 000 orang penduduk. Pusat pentadbirannya di Kuala Dungun. Mengikut sejarah, pada tahun 1365, negeri Terengganu termasuk daerah Dungun terletak di bawah takluk kerajaan Majapahit. Sebagai daerah pesisir Laut China Selatan, Dungun terkenal di kalangan pedagang asing semenjak dahulu kala lagi terutama dari China dan seluruh Nusantara.
BUKIT BESI, kawasan perlombongan bijih besi yang utama di Malaysia antara tahun 1930 hingga tahun 1970, terletak di daerah Dungun, Terengganu. Bukit besi menjadi tulang belakang sumber ekonomi kerajaan negeri. Pada tahun 1930-an, cukai pendapatan utama Terengganu adalah daripada cukai eksport bijih besi. Pada tahun 1937, cukai eksport bijih besi merupakan lebih kurang 17 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh negeri Terengganu.
TARIAN SABA, tarian tradisional di Kuala Jengai, Dungun, Terengganu. Tarian ini yang mengandungi unsur kebudayaan Hindu dan Islam, dipersembahkan pada hari pertabalan diraja, hari keramaian, pesta dan upacara adat.
Terengganu ialah negeri yang terletak di pantai
timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini
bersempadan dengan negeri Kelantan dan Pahang.
Sempadan di bahagian timurnya ialah Laut China
Selatan, manakala sempadan di bahagian selatan
ialah negeri Pahang. Pantainya sepanjang lebih
kurang 225 kilometer menghadap Laut China
Selatan dari Besut di utara hingga ke Kemaman di
selatan. Terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu
Besut, Dungun, Kemaman, Marang, Hulu
Terengganu, Kuala Terengganu, dan Setiu.
TENGKU YAHYA (1760 – 1791), Sultan Siak terakhir daripada keturunan Raja Kecil. Baginda adalah putera kepada Raja Ismail, Sultan Siak. Tengku Yahya juga dikenal sebagai Tengku Sulong, Sultan Ahmad Syah, Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah dan Marhum mangkat di Dungun.
Thanks for clicking. That felt good.