Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.nia.wi] | دنياوي

Definisi : keduniaan: ahli-ahli siasah dan pemimpin negara memberikan corak hidup ~ yg tertentu kpd kita; keduniawian 1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yg tidak kekal; 2. perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duniawi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALEXANDER VI

Alexander VI (1431–1503), paus yang paling

mementingkan duniawi  antara paus zaman

Renaissance. Dia dipilih menjadi paus pada tahun

1492 dan peranan yang dimainkan dan cita-citanya

lebih kepada pemimpin sekular.

UMUM 
SHANKARACHARYA

Shankaracharya (700?–750 M.?), juga dikenali

sebagai Shankara, ialah ahli falsafah Hindu. Hasil

kerjayanya yang terpenting ialah ulasannya

terhadap Veda , iaitu tulisan suci Hindu.

Shankaracharya lahir di Kerala, selatan India.

Dia mengamalkan sikap menahan diri dan belajar

untuk menolak kesenangan duniawi dan

keselesaannya di peringkat awal kehidupan.

Dia mengabdikan dirinya pada pengajian,

perbincangan falsafah, dan ajaran agama.

Kemasyhuran sarjana yang berkelana ini tersebar

luas ke seluruh India. Dalam perjalanannya,

Shankaracharya mengasaskan empat biara yang

terkenal di Badrinath di Himalaya, Shringeri di

Mysore, Dwarke di barat India, dan di Puri, timur

India.

UMUM 
NIRVANA

Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam

setengah-setengah agama orang India, terutama

Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat

yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang

itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran

yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini

berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang

individu terhadap duniawi seperti gilakan

kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan.

UMUM 
MORE, SAINT THOMAS

More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah

penulis, negarawan dan ilmuan England yang

agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor,

jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun

1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan

jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry

VIII untuk menceraikan permaisurinya. More

dihukum pancung pada tahun 1535 kerana

enggan menerima raja sebagai ketua gereja

Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi

teladan kepada individu yang meletakkan hati

nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang

bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik

mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun

1935.

UMUM 
SERAPIS

Serapis ialah dewa yang tiba-tiba menjadi

popular di Mesir pada tahun 300-an S.M.

Pemerintah Ptolemaic di Mesir bermula dengan

Ptolemy I pada tahun 323 S.M., telah membina

sebuah kuil yang sangat indah untuk Serapis dan

menggalakkan penyebaran fahamannya di seluruh

dunia Mediterranean.

Serapis menggabungkan watak Mesir dan

Yunani. Di Alexandria, dia digambarkan sebagai

dewa yang menduduki takhta yang merupakan

lambang diraja seperti Zeus, raja segala dewa

Yunani. Serapis ialah dewa alam ghaib, dikaitkan

dengan Isis, dewi Mesir yang popular. Selain itu,

Serapis bertindak sebagai pemilik Sungai Nil yang

memberikan kesuburan. Dia melindungi golongan

yang bekerja di laut, memberikan ilham tentang

ramalan, menyembuhkan pesakit, dan memerintah

seluruh alam semesta seperti Zeus.

Serapis memiliki banyak watak Mesirnya

daripada fahaman Osiris-Apis di Memphis. Nama

Serapis mungkin merupakan gabungan antara

Osiris dengan Apis. Osiris, suami Isis, ialah dewa

kesuburan dan dewa alam ghaib. Apis pula

merupakan bentuk duniawi Osiris dalam lambang

lembu jantan.

UMUM 

Kembali ke atas