DUYUNG | DUYUNG, kampung yang terletak di bahagian timur bandar Melaka. Kampung Duyung dianggap istimewa oleh penduduk Melaka kerana peristiwa dan kesan sejarah yang didakwa dimilikinya. Duyung juga dikaitkan dengan Sungai Duyung yang dianggap oleh Jabatan Perhilitan Negeri sebagai sungai berbahaya kerana dihuni oleh banyak buaya emas. Sungai inilah yang dikaitkan dengan kesejarahan Duyung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
IKAN DUYUNG | | UMUM | |
TUK SYEKH DUYUNG | TUK SYEKH DUYUNG (1802-1889), ulama. Dia lahir di Patani. Nama sebenarnya ialah Haji Wan Abdullah bin Haji Mohamad Amin. Tuk Syekh Duyung adalah daripada keluarga ulama. Bapanya terkenal dengan gelaran Tuk Syekh Qadhi, seorang ulama dan pemimpin masyarakat. Dia berketurunan Faqih Ali Malbari, putera raja Bugis yang mendapat pendidikan Islam di Malabar, India dan kemudiannya menetap di Patani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SIRENIA | Sirenia ialah nama bagi order (kumpulan) mamalia air yang berkaitan dengan gajah dan hiraks. Dua famili mamalia air yang masih hidup ialah dugong dan manatee (lihat Dugong; Manatee). Nama Sirenia berasal daripada kepercayaan pelaut bahawa dugong dan manatee adalah makhluk penggoda atau ikan duyung. | UMUM | |
MUSA ABDUL GHANI | MUSA ABDUL GHANI ( ? - ? ), penentang penjajahan British. Dia lahir di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Musa berhijrah ke Terengganu sekitar tahun 1888 untuk mendalami ilmu agama. Dia berkahwin dan menetap di Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu. Di kalangan penduduk tempatan, dia dikenal dengan panggilan Haji Musa Minangkabau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUK KU PALUH | TUK KU PALUH (1817-1917), ulama. Dia dipercayai lahir pada tahun 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad. Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk Ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu, yang dipercayai berasal dari Hadramaut. Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa. Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya. Dia juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Mohd. Amin atau Tuk Syekh Duyung, ulama yang menjadi mufti Baginda Omar. Setelah dewasa, Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Makkah dengan mendalami ilmu tafsir, hadis, tauhid dan tasawuf. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |