Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dwi.ba.ha.sa] | دويبهاس

Definisi : 1. yg ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: majalah ‘Reader’s Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya; kamus ~; 2. boleh bertutur dlm dua bahasa (biasanya dgn darjah kefasihan yg sama): kebanyakan orang Malaysia ~; berdwibahasa menggunakan dua bahasa: kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama; kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yg maju; mendwibahasakan membuat (menyusun, meng­­­­­­­­­­­hasilkan dsb) sesuatu penerbitan (buku, risalah dsb) dlm dua bahasa: tindakan sedang diambil utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan; kedwibahasaan 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dwi.ba.ha.sa] | دويبهاس

Definisi : 1 ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: Majalah ‘Readers’ Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya. 2 boleh bertutur dlm dua bahasa dgn baik: Kebanyakan orang Malaysia ~. mendwibahasakan membuat, menyusun atau menghasilkan sesuatu terbitan (buku, majalah dsb) dlm dua bahasa: Usaha sedang dijalankan utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan. kedwibahasaan 1 sifat atau keadaan wujud dlm dwibahasa: ~nyalah yg menyebabkan kamus tsb laris dijual. 2 sifat atau keadaan dpt bertutur dlm dua bahasa dgn baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dwibahasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU

KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MALAYSIA, kamus umum dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Kamus yang setebal 1457 halaman ini disusun untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Kamus ini memanfaatkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang diisytiharkan  pemakaiannya secara rasmi pada tahun 1972.

BAHASAPenerbitan
KAMUS DWIBAHASA

KAMUS DWIBAHASA, kamus yang menggunakan dua bahasa untuk menjelaskan makna kata atau ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Jika dibandingkan dengan sejarah leksikografi di India dan di Barat, seperti di Rom dan di Greece, akan didapati bahawa ada perbezaan yang amat ketara dengan sejarah leksikografi yang berlaku di Alam Melayu. Di India dan di Barat, dorongan untuk menyusun kamus terbit daripada keperluan untuk memperjelas makna kata atau ungkapan yang sukar difahami yang terdapat dalam kesusasteraan klasik masing-masing. Dengan demikian, kamus terawal yang dihasilkan dalam tamadun India dan Barat ialah kamus yang berbentuk ekabahasa.

BAHASAPenerbitan
DICTIONARIVM MALAICO-LATINUM & LATINO-MALAICVMDICTIONARIVM MALAICO-LATINUM & LATINO-MALAICVM, kamus dwibahasa yang diterbitkan pada tahun 1631 di Rome oleh Typis & Impenfis Sac. Conr. de Propag. Fide. Penyusunnya Davidis Haex. Kamus ini berukuran 21 cm x 15.5 cm mengandungi 174 halaman dan terbahagi kepada tiga bahagian.BAHASAPenerbitan
A MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED)

 MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED), kamus dwibahasa Melayu-Inggeris yang disusun oleh R.J. Wilkinson, diterbitkan pada tahun 1932 oleh penerbit Salavopoulos and Kinderlis di Mytilene, Greece.

BAHASAKonsep
AN UNABRIDGED MALAY-ENGLISH DICTIONARY

AN UNABRIDGED MALAY-ENGLISH DICTIONARY, kamus dwibahasa yang disusun oleh R.O. Winstedt.

BAHASAKonsep
SELOMPRET MELAJOESELOMPRET MELAJOE, akhbar mingguan dwibahasa, Melayu dan Jawa, yang terkenal pada abad ke-19.  Akhbar ini mula diterbitkan pada 3 Februari 1860 di Semarang, Indonesia.  Sejak diterbitkan, ejaan pada judul akhbar ini berubah-ubah, iaitu bermula dengan Selompret Melaijoe dan kemudiannya Selompret Malajoe tetapi akhirnya menjadi Selompret Melajoe.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SALAM BENUA

SALAM BENUA,  kumpulan puisi dwibahasa Sasterawan Negara Usman Awang. Kumpulan puisi ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Greetings to the Continent.  Salam Benua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1982.  Kata pengantar ditulis oleh Rahman Shaari.  Salam Benua merupakan kumpulan puisi Usman Awang yang keempat setelah Gelombang (1961), Duri dan Ali  (1966) dan Kaki langit (1971).

SASTERAKarya
MALAY LITERATURE

MALAY LITERATURE, jurnal sastera dwibahasa. Jurnal ini mula diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Julai 1988. Jurnal ini diharapkan dapat memperkenalkan kesusasteraan Alam Melayu, Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura kepada dunia luar. Malay Literature diterbitkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai dan diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

SASTERAPenerbitan
TENGGARA

TENGGARA, judul dwibahasa. Tenggara mulai diterbitkan pada tahun 1967 oleh Universiti Malaya dengan kekerapan sekali setahun. Mulai tahun 1968, ia diterbitkan dua kali setahun. Pada tahun 1979, Tenggara dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mulai tahun 1989, penerbitannya diambil alih oleh Yayasan Penataran Ilmu. Tujuan utama jurnal ini adalah untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang asli dalam bahasa yang luas digunakan di Malaysia dan Singapura. Sungguhpun begitu rencana dalam bidang lain seperti kebudayaan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan tradisional turut diterbitkan. Karya yang bukan dalam bahasa Inggeris diterbitkan dalam terjemahan Inggeris sementara karya tentang sastera Melayu diterbitkan dalam bentuk asal.

SASTERAPenerbitan
AN ENGLISH MALAY DICTIONARY

AN ENGLISH MALAY DICTIONARY, kamus dwibahasa Inggeris _ Melayu setebal 524 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winstedt dari University of London.  Kamus ini merupakan edisi yang ketiga yang dicetak pada tahun 1952; cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh, di Singapura.

BAHASABahasa
12

Kembali ke atas