Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dwi.ming.guan] | دويميڠݢوان

Definisi : (berlaku atau muncul) setiap dua minggu: laporan ~; akhbar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dwimingguan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FAJAR ASIAFAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944.SASTERAPenerbitan
SUARA BENAR

SUARA BENAR, akhbar dwimingguan.  Penerbitan pertama akhbar ini bertarikh 2 September 1932.  akhbar ini diterbitkan pada hari Selasa dan Jumaat setiap minggu.  Penerbitnya ialah Malacca Lattefiah Press, No. 9, Temple Street, Melaka.  Inilah satu-satunya akhbar Melayu yang diterbitkan di Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas