Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dwi.ta.hu.nan] | دويتاهونن

Definisi : (berlaku atau diadakan) setiap dua tahun: pameran itu merupakan suatu acara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dwi.ta.hu.nan] | دويتاهونن

Definisi : (berlaku atau diadakan) setiap dua tahun: Pameran itu merupakan acara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dwitahunan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALSIFY

Salsify ialah sayur dwitahunan. Ia juga dinamakan

tumbuhan tiram kerana akarnya yang berisi berasa

seperti rasa tiram. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Mediterranean,

tetapi kini ditanam dengan meluas di kedua-dua

bahagian Atlantik. Akarnya yang tirus digunakan di

Eropah dan Amerika sebagai sayur. Cara yang

biasa menyediakan salsify ialah dengan merebusnya

sehingga empuk dan kemudian dikrim. Rasanya

juga sedap kalau direbus dan kemudian dicelup

dalam serbuk biskut dan digoreng. Peladang

menanam salsify dengan cara yang sama seperti

menanam parsnip. Akarnya boleh disimpan dalam

musim sejuk sama ada dalam tanah atau disimpan

dalam tanah yang sejuk, lembap.

Pengelasan saintifik.

Salsify tergolong dalam famili komposit, Compositae

(Asteraceae). Ia dikelaskan sebagai

Tragopogon porrifolius .

Lihat juga Parsnip.

UMUM 
PASLI

Pasli ialah sayur dwitahunan, yang biasanya

dianggap sebagai herba. Pasli berkaitan rapat

dengan jintan putih.

UMUM 
PARSNIP

Parsnip ialah sayur dwitahunan yang mempunyai

banyak daun bercuping dalam dan halus. Bahagian

parsnip yang boleh dimakan ialah akar putihnya

yang panjang tirus. Parsnip ialah tumbuhan biasa

di laman rumah, tetapi sayur ini tidak penting dari

segi komersial. Parsnip berkaitan dengan lobak

merah dan adas.

UMUM 
MULLEIN

Mullein ialah nama bagi lebih daripada 350

spesies tumbuhan dwitahunan yang berbulu, yang

tergolong dalam famili figwort. Mullein berasal

daripada Eropah dan Asia. Ia biasanya tumbuh di

kawasan kering, berbatu, terutamanya di kawasan

Mediterranean. Ia mempunyai roset daun yang

berbulu berhampiran dengan tanah, yang

daripadanya tumbuh spika bunga yang panjang di

tengahnya.

UMUM 
HADIAH SASTERA TUNAS CIPTA

Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTC), hadiah dwitahunan yang diberikan kepada penulis yang berumur 16 hingga 25 tahun yang karya bermutu mereka tersiar dalam majalah Tunas Cipta.

SASTERAAnugerah/Hadiah
BURDOCK

Burdock ialah tumbuhan berbulu kasar. Ia adalah

tumbuhan dwitahunan: akarnya hidup untuk dua

musim.

UMUM 
SWEET WILLIAM

Sweet William ialah tumbuhan taman yang

popular yang berasal dari utara Eropah dan Asia.

Tumbuhan ini biasanya tumbuh lebih kurang 60

sentimeter tingginya dan mengeluarkan bunga bak

baldu bergugus-gugus bulat, padat. Bunganya

berwarna putih, samar, samar ros, atau ungu, dan

ia biasanya berlingkar-lingkar, atau bertitik-titik

dengan warna kontras. Tumbuhan ditanam

mungkin mengeluarkan bunga ganda. Pekebun

biasanya menanam sweet William sebagai

tumbuhan dwitahunan (tumbuhan yang

memerlukan dua tahun untuk matang).

UMUM 
THISTLE

Thistle ialah nama yang diberi kepada

sekumpulan tumbuhan yang mempunyai spina dan

duri tajam. Thistle adalah rumpai yang

mengganggu. Ia tumbuh di banyak bahagian di

dunia. Thistle yang paling biasa adalah thistle

menjalar , thistle lembing, thistle halus, dan thistle

Scotland . Thistle tumbuh di padang rumput ternak,

ladang bijian dan ladang rumput kering, dan di

sepanjang jalan, tempat tanah subur. Thistle yang

paling mengganggu, iaitu thistle menjalar, adalah

tumbuhan saka, yang tumbuh tahun demi tahun

tanpa ditanam semula. Tiga spesies lagi adalah

tumbuhan dwitahunan yang tumbuh selama dua

tahun sahaja.

UMUM 

Kembali ke atas