Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.cé.ran] | ايچيرن

Definisi : perihal menjual barang sedikitsedikit: pedagang ~ di pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.cé.ran] | ايچيرن

Definisi : 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eceran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANGKAR

SANGKAR, kumpulan cerpen karya Anwar Ridhwan.  Sangkar diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Kumpulan cerpen ini pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1986/87.  Lima buah cerpen dalam Sangkar juga pernah memenangi hadiah yang sama bagi kategori cerpen eceran.  Cerpen “Dunia Adalah Sebuah Apartment” memenanginya pada tahun 1973, cerpen “Sesudah Perang” memenanginya pada tahun 1971 manakala cerpen “Sahabat”, “Menjadi Tua” dan “Sasaran” memenangi hadiah tersebut pada tahun 1982/1983.  Empat belas cerpen disiarkan sebelum tahun 1982, enam buah cerpen disiarkan pada sekitar tahun 1982 – 1983 dan dua buah cerpen disiarkan pada tahun 1986.

SASTERAKarya

Kembali ke atas