ENSIKLIKAL | Ensiklikal (encyclical) ialah surat daripada ketua agama Kristian, khasnya paus, yang bertujuan untuk edaran am antara gereja. | UMUM | |
TERESHKOVA, VALENTINA VLADIMIROVNA | Tereshkova, Valentina Vladimirovna , (1937– ) ialah angkasawan wanita Soviet yang pertama mengembara ke angkasa lepas. Tereshkova membuat 45 edaran mengelilingi bumi dalam penerbangan yang memakan masa selama 70 jam 50 minit dari 16 Jun hingga 19 Jun 1963 dengan kapal angkasa lepas Vostok VI . | UMUM | |
KEJUTAN | Kejutan ialah keadaan berbahaya yang boleh terjadi jika darah gagal beredar dengan betul di dalam tubuh. Keadaan ini kadangkala dikenali sebagai kejutan edaran. Kejutan juga boleh terjadi kerana sebarang penyakit atau kecederaan yang serius. Ia boleh juga disebabkan oleh tekanan emosi. Kejutan yang melampau boleh menjejaskan fungsi utama tubuh dan boleh membawa maut. | UMUM | |
MERIDIAN | Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap garisan mengelilingi separuh glob dan bersambung dengan garisan yang satu lagi pada kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian. Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua kutub membentuk edaran meridian. Garisan meridian digunakan untuk mengukur longitud, iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang melalui Greenwich, England. | UMUM | |
GENDANG KELING | GENDANG KELING, persembahan muzik instrumental yang popular di Kedah dan Perlis. Istilah gendang keling merupakan singkatan daripada ‘gendang keliling’. Biasanya, gendang keling dipersembahkan dalam upacara edaran hidup seperti majlis berkhatan dan perkahwinan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BINTANG TIMOR | BINTANG TIMOR, akhbar yang diusahakan oleh jemaah anak Cina Kristian Singapura yang rata-rata dianggotai oleh golongan Cina Peranakan, diterbitkan pada 2 Julai 1894. Pengurus penerbitan akhbar ini ialah Tan Boon Chin dan Soong Seck Kum. Song Seck Kum merupakan pemilik Sin Yew Hean Press. Sejak mula diterbitkan hingga bulan Mac 1895, akhbar ini merupakan edaran harian. Namun disebabkan kurang sambutan, akhbar ini kemudiannya diterbitkan tiga kali seminggu dan sejak 2 April 1895 hingga terbitan terakhirnya pada 2 Julai 1895, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kitab |