ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH | Anugerah Duke of Edinburgh ialah anugerah bagi pembinaan sahsiah belia antarabangsa yang mula-mula dicadangkan pada tahun 1954 oleh Duke of Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II (lihat Philip, Prince ). | UMUM | |
EDINBURGH | Edinburgh (pend. 421 213) iaIah ibu negara dan bandar kedua terbesar di Scotland. Untuk lokasi, lihat Scotland (peta politik). | UMUM | |
PERJANJIAN EDINBURGH | Perjanjian Edinburgh (1560) menamatkan perang saudara di Scotland antara pihak Protestan Scotland dengan Roman Katolik Scotland yang disokong oleh Perancis. | UMUM | |
AYTOUN, WILLIAM EDMONDSTOUNE | Aytoun, William Edmondstoune (1813– 1865), penyair dan humoris Scotland, yang terkenal kerana Bon Gaultier Ballads (1845), satu siri parodi yang cemerlang, yang ditulisnya bersama Sir Theodore Martin. Antara penulis yang diparodi dalam tulisannya ialah Tennyson, Macaulay dan Elizabeth Barrett Browning. Aytoun lahir di Edinburgh dan mendapat pendidikan di Edinburgh Academy dan Edinburgh University. Di universiti ini, dia dilantik menjadi profesor retorik dan persuratan pada tahun 1845. Buku sajaknya yang pertama, Poland, Homer and Other Poems , diterbitkan pada tahun 1832. Lain-lain karya Aytoun termasuklah Lays of the Scottish Cavaliers (1848). | UMUM | |
PUTERA PHILIP | Putera Philip (1921– ) ialah suami kepada Ratu Elizabeth II dari Great Britain. Gelaran penuhnya ialah His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, Baron Greenwich. | UMUM | |
SCOTLAND | Scotland ialah satu daripada empat bahagian politik yang utama yang membentuk United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara. Bahagian-bahagian lain ialah England, Ireland Utara, dan Wales. Edinburgh ialah ibu negara Scotland, sementara Glasgow ialah bandar raya yang terbesar. | UMUM | |
NASMYTH, JAMES | Nasmyth, James (1808–1890) ialah jurutera Scotland yang mencipta tukul stim. Dia juga mencipta prinsip bertindak sendiri pada reka bentuk – perkakas mesin, iaitu tangan mekanikal yang bergerak di sepanjang gelangsar memegang perkakas. Dengan prinsip ini, Nasmyth mereka mesin pengetam dan mesin pembentuk alat. Nasmyth lahir di Edinburgh, anak kepada seorang pelukis yang terkenal. Pada tahun 1829, dia menjadi pembantu kepada Henry Maudslay, pereka bentuk dan pembuat perkakas. Pada tahun 1834, Nasmyth memulakan Bridgewater Foundry di Manchester, yang menjadi terkenal dengan pembinaan perkakas mesin dan enjin stim. Nasmyth mencipta tukul stim pada tahun 1839. Dia bersara pada tahun 1856 dan menghabiskan masanya dengan belajar astronomi. | UMUM | |
ARMSTRONG, DUNCAN | Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang warga Australia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia juga memenangi pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400 meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia. Armstrong lahir di Brisbane. | UMUM | |
STOPES, MARIE CARMICHAEL | Stopes, Marie Carmichael (1880–1958), ahli sains dan penulis British, terkenal kerana merintis kerja-kerja untuk perancangan keluarga. Dia telah mengasaskan sebuah klinik kawalan kelahiran dan menjadi Presiden Persatuan Kawalan Kelahiran Membina dan Kemajuan Kaum. Kebanyakan penulisannya menyentuh masalah dalam perkahwinan. Marie Stopes lahir di Edinburgh, Scotland, dan mendapat pendidikan di University College, London. Dia ialah wanita pertama yang menjadi kakitangan dalam bidang sains di Manchester University. | UMUM | |
DOYLE, ARTHUR CONAN | Doyle, Arthur Conan (1859-1930), penulis British dan pencipta watak detektif yang terkenal di dunia, Sherlock Holmes. Doyle dilahirkan pada 22 Mei 1859 di Edinburgh, Scotland. | SASTERA | Tokoh |