Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata edisi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MILTON, JOHN

Milton, John (1608–1674) ialah penyair dan penulis

bahan berunsur politik Inggeris. Dia ialah pengarang

Paradise Lost (diterbitkan pada tahun 1667, edisi

semakan 1674), yang dianggap ramai sebagai puisi

epik agung dalam bahasa Inggeris. Dia juga menulis

Paradise Regained (1671) dan Samson Agonistes

(1671). Milton mengarang dua buku yang pertama ini

dan mungkin juga yang terakhir, apabila dia menjadi

buta sepenuhnya. Tarikh karya Samson Agonistes

tidak dapat dipastikan.

UMUM 
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
MUNCHAUSEN, BARON

Munchausen, Baron ialah nama tukang cerita

dan watak utama dalam buku kecil berjudul Baron

Munchausen’s Narrative of His Marvellous Travels

and Campaigns in Russia . Ia mula diterbitkan di

England pada tahun 1785. Jualannya sangat laris

hingga menyebabkan edisi yang lebih tebal

dihasilkan dengan banyak oleh pencetak. Edisi ini

menggunakan cakap besar dan berdegar-degar

yang berlebih-lebihan. Naskhah dalam bahasa

Jerman terbit pada tahun 1786. Pengarang buku ini

ialah Rudolph Erich Raspe (1737–1794), profesor

Jerman yang dibuang negeri dan tinggal di

London.

UMUM 
AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIAAKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA, edisi terjemahan daripada buku An Introduction to Indonesian Linguistics: Rood and Word ini the Indonesian Languages (1910) oleh Renward Brandsetter.BAHASAKonsep
KAMUS INDONESIA-PERANCIS

KAMUS INDONESIA-PERANCIS, kamus dwibahasa yang disusun oleh Pierre Labrousse. Judul asal kamus ini ialah Dictionnaire General Indonesian – Francais yang menggunakan bahasa Perancis. Edisi bahasa Perancisnya diterbitkan oleh Association Archipel, Paris (1984) dan edisi dalam bahasa Indonesia diterbitkan oleh Penerbit PT Gramedia, Jakarta (1985). Kamus Umum Indonesia - Perancis ini pertama kali diusahakan di Indonesia pada tahun 1973 oleh Farida Soemargono. Naskhah awalnya telah disemak oleh winarsih Arifin dan Henri Chambert-Loir dengan kerjasama Pusat Bahasa, Jakarta. Selepas itudimulakan penyelidikan untuk mencari kata-kata baru bahasa Indonedia.

BAHASAPenerbitan
THOMSON, JAMES

Thomson, James (1700–1748) ialah penyair

Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an

sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun

1725, Thomson mengembara dari Scotland ke

London. Di London, dia menerbitkan maha karya,

The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746).

Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu

tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi

sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang

jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam

rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini

membawa kepada gerakan romantik pada akhir

tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah

daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan

tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan

The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan

berdasarkan karya Edmund Spenser.

UMUM 
USUL AL-TAUHID

USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari.  Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid.  Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah.  Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927.  Manuskrip asli kitab ini belum ditemui.  Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak.  Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936.  Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak.  Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman.  Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa,  cetakan ini mengandungi 83 halaman.  Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa.

SASTERAKitab
SPOCK, BENJAMIN MCLANE

Spock, Benjamin McLane (1903–1998), doktor

Amerika, menjadi masyhur kerana bukunya tentang

penjagaan kanak-kanak. Bukunya yang paling

terkenal Common Sense Book of Baby and Child

Care (1946) telah diterjemahkan ke dalam lebih

daripada 25 bahasa. Untuk edisi kemudiannya,

tajuk buku ini dipendekkan kepada Baby and Child

Care. Bukunya yang lain termasuk Feeding Your

Baby and Child (1955), Baby’s First Year (1955), Dr.

Spock Talks with Mothers (1961), Problems of

Parents (1962), dan Caring for Your Disabled Child

(1965).

UMUM 
DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA

DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA, buku daftar ejaan perkataan umum bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1981 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan edisi kedua terbit pada tahun 1988. Daftar ejaan ini disusun berdasarkan ejaan Rumi baharu yang diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Buku ini bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan pantas bagi membantu pengguna bahasa Melayu mengeja atau menulis kata dengan ejaan yang betul.

 

BAHASAKarya
KAMUS SIMPULAN BAHASAKAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu.BAHASAPenerbitan
123

Kembali ke atas