Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata einstein


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EINSTEIN, ALBERT

Einstein, Albert (1879–1955) ialah ahli sains

agung sepanjang zaman. Dia terkenal kerana teori

relativitinya, yang diusulkan ketika dia baru berusia

26 tahun.

UMUM 
SZILARD, LEO

Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika

yang merintis usaha dalam pembangunan

perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico

Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan

uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor

nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942.

Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner

mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya

menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin

D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan

terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada

pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest,

Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat

pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi

Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace

Award) pada tahun 1959.

UMUM 
E = MC 2

E = mc2 ialah formula yang dicipta oleh ahli fizik,

Albert Einstein yang secara langsung mengaitkan

jisim (jirim) dengan tenaga.

UMUM 
MENDELSOHN, ERIC

Mendelsohn, Eric (1887–1953) ialah arkitek

Jerman yang terkenal kerana gaya geometrinya

yang ketara. Mendelsohn cuba mencipta seni bina

industri dan komersial yang baru dan ekspresif.

Binaannya yang paling terkenal ialah Menara

Einstein (1924), iaitu makmal dan balai cerap di

Potsdam, Jerman. Bangunannya menampilkan

lengkok-lengkok besar yang menjadi ciri karya

Mendelsohn.

UMUM 
BOSE, SATYENDRA NATH

Bose, Satyendra Nath (1894–1974) ialah

ahli fizik India, yang bersama Albert Einstein,

memajukan sistem mekanik kuantum statistik

yang kini dikenali sebagai statistik Bose-Einstein.

Sistem statistik ini digunakan kepada zarah yang

tidak terhad kepada satu kedudukan dalam ruang

kuantum yang sama. Zarah ini dinamakan boson,

sempena nama Nath Bose.

UMUM 
MÖSSBAUER, RUDOLF LUDWIG

Mössbauer, Rudolf Ludwig (1929– ) ialah

ahli fizik Jerman, yang berkongsi Hadiah Nobel

tahun 1961 dalam bidang fizik kerana

penyelidikannya tentang sinar gama. Dia

menemui “Kesan Mössbauer”, iaitu kaedah

menghasilkan sinar gama dengan jarak

gelombang yang tepat dan boleh diramalkan.

“Kesan Mössbauer” ini kemudiannya digunakan

untuk mengesahkan ramalan yang dibuat oleh

Albert Einstein dalam teori kerelatifannya.

Mössbauer lahir di Munich dan menerima ijazah

Ph.D. dari institut teknik di sana. Dia menjadi

profesor fizik eksperiman di institut tersebut (kini

dikenali sebagai Technical University of Munich)

pada tahun 1964.

UMUM 

Kembali ke atas