| EJA | EJA, persatuan yang khusus untuk wartawan hiburan. EJA ialah singkatan bagi Entertainment Journalists Association of Malaysia (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Januari 1979 di Kuala Lumpur. Idea awal penubuhannya dikemukakan olah Khalid Jefri, Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu ketika itu, agar semua wartawan hiburan bersatu dalam menjalankan tugas mencari bahan berita dan rencana untuk media masing-masing. Persatuan ini juga ditubuhkan bertujuan untuk menambah bilangan wartawan hiburan dan penulis berita hiburan yang mantap, sesuai dengan saranan Menteri Penerangan pada waktu itu, Mohamad Rahmat. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |