Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.jén] | ايجين

Definisi : (éjén) 1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya tentu lebih murah; 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musu (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.jén] | ايجين

Definisi : /éjén/ 1 orang dll yg menjalankan perniagaan utk orang lain; wakil dlm urusan jual beli atau dlm perdagangan; wakil penjual: Pemuda itu ialah ~ sebuah syarikat kereta. 2 orang yg diupah utk melakukan sesuatu utk orang lain: Salah seorang ~ pertubuhan haram itu telah diberkas oleh pihak polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYAP KELIMA

Sayap kelima merujuk kepada ejen

pengintipan yang beroperasi di kalangan pihak

musuh untuk melemahkan perjuangannya. Ejen ini

membuka jalan bagi serangan tentera atau politik.

Ejen ini bekerja dalam tentera, parti politik, atau

industri. Antara aktivitinya termasuk pengintipan,

sabotaj, subversif ekonomi, propaganda,

penghasutan, penyeludupan, pembunuhan,

keganasan dan pemberontakan. Istilah sayap

kelima pertama kali digunakan semasa Perang

Saudara Sepanyol (1936–1939) untuk memerikan

usaha pengikut Francisco Franco, di Loyalist

Madrid. Emilio Mola, jeneral Franco, berkata, “Saya

mempunyai sayap keempat yang bergerak

melawan Madrid, dan sayap kelima akan bangkit

dalam kota itu sendiri”.

UMUM 
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
PERISTIWA XYZ

Peristiwa XYZ ialah nama yang diberikan

kepada satu pertukaran usul diplomatik yang

kontroversi antara Perancis dengan Amerika

Syarikat pada tahun 1797. Ketiga-tiga orang ejen

Perancis yang terlibat dikenali sebagai X, Y dan Z.

UMUM 
AL-WAKALAH

Al-Wakalah ialah prinsip syariah yang bermaksud perwakilan.  Dalam operasi perbankan Islam, al-Wakalah merujuk kepada suatu kontrak antara pelanggan dengan bank apabila pelanggan melantik bank sebagai wakil atau ejen dalam sesuatu urusan bagi pihaknya.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
M. AMIN

M. AMIN (1924-    ), pengarah filem, penulis skrip dan pelakon. Dia lahir pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Amin bin Haji Iksan. M. Amin menuntut di Sekolah Bendang Panjang, Kuala Kangsar hingga Darjah Enam dan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Wangi, Setiawan pada tahun 1940. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dia dipaksa menjadi konstabel polis Jepun dan ditugaskan memburu mereka yang menjadi ejen komunis.

BUDAYATokoh
MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID

MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID (1889-   ?   ), wartawan dan penerbit Indonesia.  Dia lahir di Langkat, Sumatera, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Langkat.  Selepas tamat persekolahan dia bekerja sebagai pelatih kerani di syarikat minyak tanah di Pengkalan Bandar, pelatih telegraf di Kompeni Kereta api Deli, kerani di Labuhan Ruku dan pada waktu lapang menjadi guru penolong di sebuah sekolah Melayu di Batu Bahasa dan kerani di Syarikat Ejen Kompeni Kapal Api Belanda di Tanjung Balai.

SASTERATokoh

Kembali ke atas