Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.lo.gi] | ايکولوݢي

Definisi : (ékologi) 1. kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dgn persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.lo.gi] | ايکولوݢي

Definisi : /ékologi/ ist ilmu ttg hubungan antara makhluk hidup dgn keadaan sekitarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKOLOGI

Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji

hubungan benda hidup sesama sendiri dan

dengan persekitarannya.

UMUM 
PERSEKITARAN ABIOTIK

Persekitaran abiotik lihat Ekologi;

Persekitaran.

UMUM 
ELTON, CHARLES SUTHERLAND

Elton, Charles Sutherland (1900–1991), pakar

biologi Inggeris. Dia terkenal sebagai perintis

ekologi, bidang sains yang mengkaji perhubungan

hidupan dengan alam sekitaran dan antara hidupan

dengan hidupan lain.

UMUM 
DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar Luar Malaysia. Dasar negara yang berkaitan dengan hubungan kerjasama politik, ekonomi, sosial, teknologi dan ekologi dengan negara lain. 

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
MUZIUM TANAMAN

Muzium tanaman, gedung simpanan dan arkib pokok-pokok tanaman yang mempamerkan data-data lengkap seperti rekod geografi, ekologi, sejarah, keterangan etnobotani dan data penyelidikan.

PERTANIANInstitusi/Organisasi
PENERBIT SINAR HARAPAN

PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas