IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
MONYET LABAH-LABAH | Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju dari pokok ke pokok. | UMUM | |
MOTMOT | Motmot ialah nama famili burung yang berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan seperti dua raket tenis. Burung ini menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan burung yang tidak bergerak. | UMUM | |
PARI SENGAT | Pari sengat ialah ikan pari atau ikan yang agak leper. Ekornya yang panjang, bak cambuk mempunyai satu atau dua duri yang tajam di belakang ekornya, berhampiran dengan tengahnya. Duri ini mempunyai cangkuk di sepanjang tepinya, dan di pangkal duri terdapat kelenjar beracun. | UMUM | |
KALA JENGKING | Kala jengking ialah haiwan kecil yang mempunyai sengat beracun di ekornya. Kala jengking bukanlah serangga. Ia tergolong dalam kelas haiwan yang dikenali sebagai araknid yang termasuk labah-labah, tungau, dan sengkenit. | UMUM | |
NUMBAT | Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian atas numbat berwarna merah karat dan bahagian bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam terentang pada mata dari muncung ke telinga. | UMUM | |
PRATINKOL | Pratinkol ialah nama yang diberi kepada 16 spesies burung yang bersayap panjang tirus dan ekornya bercabang. Pratinkol terdapat di selatan Eropah, Afrika dan Asia. Ia hidup di kawasan rata, terdedah, kontang dan juga dekat air tawar. Pratinkol terbang laju dan lincah. Ia memakan serangga besar yang ditangkap semasa terbang atau di atas tanah. | UMUM | |
PRONGHORN | Pronghorn ialah haiwan berhuf yang hidup di Amerika Utara. Badannya gempal, telinganya besar, kakinya kurus dan ekornya pendek. Warnanya berbeza-beza daripada perang cerah hingga kepada perang kemerahan. Ia mempunyai sedikit bulu putih pada bahagian bawah, pinggul, sisi muka dan lehernya. | UMUM | |
BURUNG HOOPOE | Burung hoopoe ialah sejenis burung yang mempunyai jambul yang menonjol di atas kepalanya manakala sayap serta ekornya pula berbelang-belang. | UMUM | |
YELLOWHAMMER | Yellowhammer ialah nama bagi burung bunting yang hidup di Eropah. Ia adalah burung istimewa, lebih kurang 16 sentimeter panjangnya, dengan ekornya yang agak panjang. Burung jantan mempunyai kepala dan dada berwarna kuning terang dengan tanda-tanda berwarna gelap. | UMUM | |