Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pré.sio.nis] | ايکسڤريسيونيس

Definisi : (éksprésionis) orang atau golongan yg mengikuti faham ekspresionisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspresionis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOTHERWELL, ROBERT

Motherwell, Robert (1915–1991), pelukis

ekspresionis abstrak Amerika yang penting.

Motherwell terkenal kerana beberapa siri

lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya

membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk

besar yang kejam dan mengancam

sehinggalah kepada lembut dan mesra.

UMUM 
ROTHKO, MARK

Rothko, Mark (1903–1970) ialah pelukis Amerika,

yang bertanggungjawab memulakan pergerakan

ekspresionis abstrak. Lukisannya yang terkenal

merupakan suatu pengubahan abstrak mudah,

besar dan jelas. Dalam karyanya, dia bergantung

sebahagian besarnya pada warna dan sempadan

yang tidak jelas pada bentuk segi empat tepat

untuk menghasilkan mood yang berlainan.

UMUM 
AFFANDI

AFFANDI (1910-1990), pelukis ekspresionis Indonesia. Dia lahir di Cirebon, Jawa, Indonesia. Dia belajar melukis sendiri setelah gagal memasuki sekolah seni. Dia berkenalan dengan Sudjojono yang memperkenalkannya  lukisan cat minyak sewaktu umurnya 10 tahun.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas