Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éla] | ايلا

Definisi : (éla) ukuran panjang yg sama dgn 36 inci atau 91 sentimeter; ~ Piawai Diraja ukuran panjang ela yg ditetapkan oleh undang-undang British (Imperial Standard Yard). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éla] | ايلا

Definisi : /éla/ ukuran panjang yg sama dgn 91.44 sentimeter atau 36 inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ela


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELA

Ela ialah unit panjang dalam sistem ukuran

imperial yang digunakan di negara-negara

berbahasa Inggeris sebelum sistem metrik

diperkenalkan.

UMUM 
PERLUMBAAN LEBUH RAYAAcara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM 

Kembali ke atas