| SPEKTROSKOPI JISIM | Spektroskopi jisim, juga dinamakan spektrometri jisim ialah satu kaedah untuk memisahkan atom atau molekul yang diionkan, mengikut jisim (m) dan cas elektriknya (z). Ia melibatkan penggunaan alat yang dinamakan spektrometer jisim. Spektroskopi jisim merupakan satu cara yang berkesan untuk mengenal unsur, isotop dan molekul. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan komposisi dan struktur kimia sesuatu bahan yang lebih kompleks. | UMUM | |
| KILAT | Kilat ialah percikan elektrik yang raksasa di langit. Kebanyakan kilat yang kita nampak berlaku di antara awan dengan bumi. Tetapi kilat juga berlaku di dalam awan, di antara awan dengan udara dan di antara dua awan. Apabila kilat berlaku di atmosfera, tenaga elektriknya berserakan di udara. Tenaga ini boleh merosakkan kapal terbang yang terbang melaluinya, tetapi ia tidak menyebabkan bahaya di bumi. Tetapi kilat yang menyambar bumi boleh membunuh manusia atau menyebabkan kebakaran. | UMUM | |