ELEKTRODINAMIK KUANTUM | Elektrodinamik kuantum ialah teori tentang saling tindak antara elektron dengan pancaran elektromagnet. | UMUM | |
ELEKTRODINAMIK | Elektrodinamik, teori berkenaan dengan interaksi antara zarah bercas dengan medan elektromagnet terutama sekali apabila halaju zarah adalah secara relatif sangat besar. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
METER WATT | Meter watt ialah alat yang digunakan untuk mengukur kuasa elektrik. Jenis meter watt yang paling biasa digunakan dikenali sebagai meter watt elektrodinamik . Meter watt elektrodinamik ini mempunyai dua gegelung dawai. Satu gegelung tetap disusun untuk menerima arus daripada litar yang hendak diukur. Satu gegelung boleh bergerak , yang disokong oleh paksi yang bertatah manikam yang membolehkannya berputar, disusun untuk menerima arus yang berkadaran dengan voltan pada litar yang hendak diukur. | UMUM | |
LUDWIG, HERMANN | Ahli sains dan ahli falsafah Jerman yang banyak memberi sumbangan dalam bidang fisiologi, optik, akustik dan elektrodinamik pada abad ke-19. | FIZIK | Tokoh |
AMPERE, ANDRE MARIE | Ampere, Andre Marie (1775–1836), ahli matematik dan ahli fizik Perancis, menemui hukum elektromagnetisme pada tahun 1820-an. Dia menunjukkan bahawa arus elektrik yang selari menarik satu sama lain jika bergerak dalam arah yang sama, dan menolak jika arahnya bertentangan. Teori matematiknya yang menjelaskan fenomena ini menjadi asas perkembangan elektrodinamik. Dia mendapati bahawa arus elektrik yang mengalir melalui kawat yang bergelung bertindak seperti magnet. Ini menyebabkan terciptanya galvanometer, alat untuk mengesan dan menyukat arus elektrik. | UMUM | |