MUZIK ELEKTRONIK | Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya dihasilkan secara elektronik. Para penggubah menggunakan peralatan elektronik untuk mengeluarkan bunyi yang mempunyai kelantangan, nada, irama dan alunan yang dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam pita bermagnet atau cakera komputer untuk menghasilkan satu gubahan muzik dan memainkan semula muzik tersebut dengan menggunakan perakam pita yang dilengkapkan dengan pembesar suara. | UMUM | |
PERMAINAN ELEKTRONIK | Permainan elektronik ialah bentuk permainan yang dikawal oleh sebuah komputer yang sangat kecil, dikenali sebagai mikropemproses. Semua permainan elektronik mempunyai atur cara (program iaitu set suruhan untuk komputer ). Kebanyakan alat permainan elektronik disambungkan ke skrin video. Oleh sebab itu, permainan ini sering juga dipanggil permainan video . | UMUM | |
PENANDAAN ELEKTRONIK | | UMUM | |
PEMPROSESAN DATA ELEKTRONIK | | UMUM | |
ELEKTRONIK | Elektronik ialah satu cabang ilmu fizik dan kejuruteraan yang melibatkan pengawalan aliran cas elektrik dalam sesuatu peranti untuk kegunaan tertentu. | UMUM | |
TRANSISTOR | Peranti elektronik yang bertindak sebagai perintang boleh ubah yang dapat mengawal arus dan beza keupayaan dalam suatu litar elektronik. | FIZIK | Alat/Alatan |
ZWORYKIN, VLADIMIR KOSMA | Zworykin, Vladimir Kosma (1889–1982) ialah ahli fizik dan jurutera elektronik Amerika kelahiran Rusia. Dia bertanggungjawab terhadap banyak kemajuan dalam sains elektronik, termasuk radio, televisyen, dan mikroskop elektron. | UMUM | |
TEORI MAKLUMAT | Teori maklumat , memerihalkan bagaimana mesej dipancar dan diterima melalui sistem maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan. Jurutera-jurutera elektronik kemudian menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini disebut sebagai sains maklumat. | UMUM | |
OSILOSKOP | Osiloskop ialah alat elektronik yang memaparkan isyarat elektrik yang berubah-ubah. Isyarat ini muncul sebagai garis lurus atau garis berombak atau dalam pola-pola lain di atas skrin pendarfluor. | UMUM | |
SNIPERSKOP | Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat digunakan untuk membidik raifal dengan tepat pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945) untuk membolehkan pasukan tentera berjuang dengan lebih berkesan pada waktu malam. Sniperskop telah diganti dengan starlight skop yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan tentera dan polis bukan sahaja menggunakan starlight skop untuk menembak pada waktu malam, malah semasa meronda di tempat yang gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada senjata yang lebih besar seperti meriam dan pelancar misil serta juga senapang. | UMUM | |