KROMIUM | Kromium elemen kimia, ialah logam kelabu, yang berkilat dan agak lembut. Ia juga dikenali sebagai krom dan simbol kimianya ialah Cr. | UMUM | |
DUNIA | Dunia ialah planet bumi yang dipandang istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam sejagat ini. | UMUM | |
SENI LAKON | SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem. Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MOORE, MARIANNE | Moore, Marianne (1887–1972), setaraf dengan Emily Dickinson di kalangan penyair wanita terbaik Amerika. Walaupun sesetengah puisinya sukar untuk difahami, Moore menggarap puisinya dengan baik sekali. Dia sering menggunakan bentuk puisi di mana bilangan dan susunan suku kata adalah elemen kawalan dan bukan mengikut pola irama atau rima bercorak konvensional. | UMUM | |
DUALISME | Dualisme ialah pandangan atau sistem falsafah yang menjelaskan semua fenomena realiti sebagai perkara yang mengandungi dua elemen tidak terpisah. | FALSAFAH | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS | Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (1887–1915), ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli sains menentukan nombor atom bagi elemen yang tidak diketahui dan menyusun unsur tersebut di tempat yang betul di dalam jadual berkala (lihat Unsur kimia). | UMUM | |
DRAMATARI | Dramatari ialah seni persembahan yang menggabungkan pengutaraan cerita dengan pengisian elemen tari dalam gaya dramatik. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TOK PERAK | TOK PERAK, drama karya Syed Alwi. Tok Perak diterbitkan pada tahun 1974 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1974 bagi kategori drama. Drama ini mula dipentaskan pada tahun 1975. Tok Perak menggabungkan pelbagai elemen seni iaitu tarian, wayang kulit, wayang gambar dan slaid. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MIMBAR | Mimbar ialah pentas di dalam masjid tempat berkhutbah. Mimbar merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam sesebuah masjid. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |