NIRA | NIRA, jus mayang pokok palma yang disadap seperti kelapa, enau atau nipah. Nira merupakan minuman tradisional yang popular terutama di kawasan yang terdapat banyak pokok kelapa, enau atau nipah. Di Kelantan dan Terengganu, jus ini disebut tuak. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
DODOL | DODOL, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka atau gula enau dan kadang-kadang dicampuri durian. Dodol juga dikenal sebagai kelamai. Dodol dibuat untuk juadah hari raya atau majlis perkahwinan. Bahan untuk membuat dodol mestilah bermutu tinggi dan bersih. | BUDAYA | Makanan |
UMBUT | UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau. Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri. Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah. Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan. Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang. | BUDAYA | Makanan |
TUAK | TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah. | BUDAYA | Konsep |