Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.da.pan] | اندڤن

Definisi : sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.da.pan] | اندڤن

Definisi : sesuatu (spt serbuk kopi) yg telah bercampur dgn air dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endapan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATUAN ENDAPAN

Batuan endapan, sejenis batuan yang terbentuk daripada proses pengendapan bahan bumi yang kebanyakannya berlaku di dalam air.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SYAL MINYAK

Syal minyak ialah batu endapan yang lembut

dan berbutir halus. Daripada syal minyak

diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri

daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda

dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan

organik berlilin yang berasal daripada tinggalan

alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain.

Mendapan batu syal yang banyak terdapat di

selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden,

dan Amerika Syarikat.

UMUM 
DELTA

Delta ialah tanah datar yang rendah yang

terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan

endapan lain yang mendap di muara sungai.

Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta ()

kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta

terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air

yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya

untuk membawa endapan menjadi kurang secara

tiba-tiba.

UMUM 
BATU KAPUR

Batu kapur, sejenis batuan endapan kimia, yang terdiri daripada bahan karbonat iaitu mineral kalsit, CaCO­­3.  Batuan ini kira-kira 10% dari kesemua batuan endapan di dunia. 

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
PERGUNUNGAN APPALACHIAN

Pergunungan Appalachian merupakan

banjaran gunung yang kedua terbesar di Amerika

Utara selepas Pergunungan Rocky.

Pergunungan Appalachian menganjur lebih

kurang 2500 kilometer di antara Semenanjung

Gaspé di Quebec, sebuah wilayah Kanada dengan

Birmingham di tengah Alabama, Amerika Syarikat.

Lembah pergunungan hingga Appalachian

merupakan sumber utama endapan di kawasan

timur Amerika Syarikat. Pergunungan ini terbentuk

di antara 435 juta dan 250 juta tahun dahulu dan

merupakan gunung yang tertua di Amerika Utara.

Nama Appalachian berasal daripada kaum Orang

Asli Amerika, iaitu kaum Apalachee.

UMUM 
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas