Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp teman lelaki atau teman wanita;berendut 1. bertemu atau keluar dgn endut utk berbual-bual mesra, makan dsb; 2. mempunyai endut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endut I

Puisi
 

Burung pipit terbang ke sarang,
     Endut berseru puyuh menyahut;
Bukit ditentang pun hilang,
     Baik diturut pulau di laut.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANDAK ENDUT

PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British.  Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak.  Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela.  Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya.  Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas