ANOREKSIA NERVOSA | Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita muda. Perkataan anoreksia bermakna tiada selera , walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan disebabkan oleh alasan psikologi. Sesetengah penghidap anoreksia mengalami perasaan ketagihan makanan, yang disebut bulimia . Dalam keadaan begini mereka akan makan dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan. Lihat Bulimia. | UMUM | |
PRATAP SINHA, RANA | Pratap Sinha, Rana (1540–1597) ialah raja India dan dianggap pahlawan di negeri Rajasthan. Pemerintah lain yang berhampiran tunduk kepada Maharaja Mughal Akbar. Tetapi Pratap melawan dan enggan menyerahkan kerajaannya. | UMUM | |
MOGOK UMUM BRITAIN | Mogok umum Britain telah diadakan pada tahun 1926 oleh kebanyakan kesatuan sekerja United Kingdom kerana menyokong Kesatuan Sekerja Pekerja Lombong. Pada tahun 1925, pemilik lombong mencadangkan pemotongan gaji. Pelombong enggan menerimanya. Perdana Menteri, Stanley Baldwin, menubuhkan suruhanjaya yang diketuai oleh Sir Herbert Samuel untuk menyiasat keadaan di dalam industri tersebut. Suruhanjaya tersebut menyokong pemotongan gaji itu. | UMUM | |
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF | Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847– 1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal gabenor jeneral kerana enggan meluluskan pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan tamat tempoh perkhidmatannya. | UMUM | |
ATAHUALPA | Atahualpa (1500?–1533), yang juga digelar Atabalipa, ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian. Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan. Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun 1533. Lihat juga Inca (Sejarah). | UMUM | |
TEBUS TALAK | TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali. | BUDAYA | Konsep |
ANDROS, SIR EDMUND | Andros, Sir Edmund (1637–1714) ialah tentera dan pentadbir Inggeris. Pada tahun 1686, dia menjadi gabenor beberapa buah koloni Amerika Utara, yang dinamakan Dominion of New England. Dia ke Hartford, Connecticut, untuk menuntut piagam yang memberi kepada mereka hak untuk mentadbir sendiri koloni itu. Mereka enggan menyerahkannya. Mengikut legenda, mereka menyembunyikan piagam itu di dalam sebatang pokok, yang kemudian dinamakan Piagam Oak. | UMUM | |
ANDROCLES | Androcles juga dinamakan Androclus, ialah hamba Rom yang melarikan diri dari tuannya dan bersembunyi di dalam gua. Dia menarik keluar duri dari tapak kaki seekor singa yang menderita kesakitan. Kemudian, Androcles berhadapan dengan singa yang sama dalam gelanggang Rom. Singa itu mengenali Androcles dan enggan mencederakannya. Drama George Bernard Shaw, Androcles and the Lion (1912) adalah berdasarkan cerita ini. | UMUM | |
SCYLLA | Scylla, dalam mitologi Yunani, pada mulanya merupakan seorang bidadari yang cantik. Penyair Rom, Ovid menceritakan bagaimana dewa laut, Glaucus, jatuh cinta dengan Scylla apabila Glaucus melihat Scylla berjalan di pantai Selat Messina. Scylla tidak mencintai Glaucus. Glaucus mendapatkan bantuan tukang sihir wanita bernama Circe. Circe pula meminta Glaucus mencintainya dan bukan Scylla, tetapi Glaucus enggan melayaninya. Circe menjadi sangat marah dan menukar Scylla menjadi raksasa laut, yang mempunyai tubuh separuh wanita dan separuh ikan serta beberapa kepala anjing tumbuh dari pinggangnya. | UMUM | |
MORE, SAINT THOMAS | More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah penulis, negarawan dan ilmuan England yang agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor, jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun 1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry VIII untuk menceraikan permaisurinya. More dihukum pancung pada tahun 1535 kerana enggan menerima raja sebagai ketua gereja Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi teladan kepada individu yang meletakkan hati nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun 1935. | UMUM | |