A DICTIONARY OF THE MALAYAN LANGUAGE | A DICTIONARY OF THE MALAYAN LANGUAGE (MALAYAN-ENGLISH, AND ENGLISH-MALAYAN), kamus yang disusun oleh William Marsden. | BAHASA | Konsep |
A MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED) | MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED), kamus dwibahasa Melayu-Inggeris yang disusun oleh R.J. Wilkinson, diterbitkan pada tahun 1932 oleh penerbit Salavopoulos and Kinderlis di Mytilene, Greece. | BAHASA | Konsep |
AN UNABRIDGED MALAY-ENGLISH DICTIONARY | AN UNABRIDGED MALAY-ENGLISH DICTIONARY, kamus dwibahasa yang disusun oleh R.O. Winstedt. | BAHASA | Konsep |
AN ENGLISH MALAY DICTIONARY | AN ENGLISH MALAY DICTIONARY, kamus dwibahasa Inggeris _ Melayu setebal 524 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winstedt dari University of London. Kamus ini merupakan edisi yang ketiga yang dicetak pada tahun 1952; cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh, di Singapura. | BAHASA | Bahasa |
MALAY ENGLISH VOCABULARY | MALAY ENGLISH VOCABULARY, buku yang dihasilkan bagi menjelaskan persamaan beberapa perkataan Melayu dengan bahasa Inggeris, dan perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu. Buku ini telah dihasilkan oleh W.G. Shellabear. | BAHASA | Penerbitan |
MURRAY, SIR JAMES | Murray, Sir James (1837–1915), ahli filologi Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor– Oxford English Dictionary selama 35 tahun. Sebagai ahli leksikografi (penulis kamus), Murray terkenal dengan penggunaan perkataan yang tepat dan pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi sumbangan yang paling penting bagi penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di London. Dia belajar linguistik (kajian tentang bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London. Dia menjadi editor Oxford English Dictionary pada tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada tahun 1908 yang membawa gelaran Sir. | UMUM | |
PERJANJIAN BERWICK | Perjanjian Berwick (1639), mengakhiri cubaan oleh Raja Charles I dari England untuk menggesa Scotland agar menerima English Prayer Book dan cara sembahyang Inggeris. | UMUM | |
M. RAJAMANI | M. Rajamani (1943– ), atlet dan olahragawati Malaysia. Dia lahir pada 11 November 1943 di Tapah, Perak. Dia menerima pendidikan di Tapah Government English School dan Sekolah Menengah Raja Perempuan di Ipoh, Perak. | UMUM | |
SICKERT, WALTER RICHARD | Sickert, Walter Richard (1860–1942), pelukis Jerman yang mempunyai kemahiran teknikal dan stail yang penuh imaginasi sehingga mempengaruhi lukisan di United Kingdom. Dia ialah ketua New English Art Club, tetapi kemudian berpecah untuk membentuk Camden Town Group. Sickert lahir di Munich dan belajar di Slade School London, di bawah bimbingan James Whistler. Dia dipilih memasuki Royal Academy pada tahun 1934. Lihat juga Whistler, James Abbott McNeill. | UMUM | |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |