Entomologi ialah cabang utama bidang zoologi
yang berkaitan dengan pengkajian tentang
serangga.
Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar
anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan
perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil,
terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang
teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli
merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan
usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi
asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian
serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang
mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi
saraf dan otot.
Thanks for clicking. That felt good.