AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH (ESA), | Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), menggalakkan kerjasama dalam program angkasa lepas dalam kalangan negara Eropah Barat. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar Eropah (European Launcher Development Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan Finland menjadi anggota bersekutu. | UMUM | |
NABI SALIH A.S. | Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud. Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda sebagai ahli sihir. | UMUM | |
AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH | Agensi Angkasa Lepas Eropah (European Space Agency - ESA), pertubuhan penyelidikan dan teknologi angkasa lepas yang dianggotai oleh beberapa negara Eropah. | FIZIK | Institusi/Organisasi |
MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
ALLAH | Allah, Tuhan (Ilah) yang Maha Esa, pencipta (Khaliq) dan pentadbir (Rabb) alam semesta. Dalam hubungan ini, terdapat 2 doktrin dalam mengimani kewujudan Allah SWT iaitu pengesaan dalam bentuk ketuhanan (tauhid uluhiyyah) iaitu mengimani bahawa Allah SWT ialah pencipta alam ini. | AGAMA | Konsep |
AKIDAH | Akidah, keyakinan dan kepercayaan tentang wujudnya Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak bersekutu, serta mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran. | AGAMA | Kepercayaan |
SURAH AL-DHARIYAT | Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al- Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda. Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan. | UMUM | |
SURAH AL-IKHLAS | Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas (ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan bahawa golongan musyrikin datang bertemu Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai Muhammad, gambarkan kepada kami tentang Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka turunlah ayat yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa. Allah tempat bergantung”. (Surah al-Ikhlas 112:1–2) | UMUM | |