| FOURTH ESTATE | | UMUM | |
| SIEYÈS, EMMANUEL JOSEPH | Sieyès, Emmanuel Joseph (1748–1836), yang terkenal dengan nama Abbé Sieyès, membantu mencetuskan Revolusi Perancis dengan buku kecilnya, What is the Third Estate? Dalam buku kecil yang diterbitkan pada tahun 1789 ini, Sieyès menegaskan bahawa rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk bersuara dalam kerajaan.
| UMUM | Konsep |
| GEYLANG SERAI | GEYLANG SERAI, kediaman orang Melayu sejak pertengahan tahun 1800 (yang terletak di daerah Timur Singapura). Dua pertiga daripada tanah kawasan tersebut (600 ekar) dimiliki oleh Syed Abdul Rahman Alsagoff, saudagar Arab, dan keluarganya. Pada masa itu, kawasan tersebut dikenal sebagai ‘Preseverence Estate’. Apabila estet tersebut diserahkan kepada seorang pegawai Inggeris untuk dibangunkan secara lebih teratur, serai mula ditanam secara besar-besaran. Sejak itu timbul nama Geylang Serai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |