Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estet;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ESTET

Estet ialah istilah undang-undang yang merujuk

kepada keseluruhan harta yang dimiliki oleh

seseorang individu. Istilah ini juga merujuk kepada

hak atau kepentingan seseorang dalam sesuatu

bidang tanah.

UMUM 
ESTET JENERAL

Estet Jeneral juga dikenali sebagai States-

General ialah dewan perwakilan Perancis dari

tahun 1302 hingga tahun 1789.

UMUM 
SANDRINGHAM

Sandringham ialah estet luar bandar yang

digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya

di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut

King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII,

yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada

tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina

pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan

diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini

boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya

keluarga diraja tidak berada di sana.

UMUM 
DUCHY OF CORNWALL

Duchy of Cornwall terdiri daripada estet yang

dianugerahkan kepada putera sulung raja yang

menerima hasil daripada estet ini setelah dia

berusia 21 tahun.

UMUM 
SULGRAVE MANOR

Sulgrave Manor ialah sebuah estet di

Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai

tempat tinggal nenek moyang George Washington,

presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga

Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga

tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak

lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence

Washington membina rumah manor tersebut pada

tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British

membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun

perdamaian antara Great Britain dengan Amerika

Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara

dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik

Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut

dengan perabot dan membaiki bahagian dalam

bangunan itu.

UMUM 
DUCHY OF LANCASTER

Duchy of Lancaster, sekumpulan estet yang

menjadi milik raja-raja British yang memerintah

dan menerima hasilnya untuk peribadi.

UMUM 
DUMBARTON OAKS

Dumbarton Oaks ialah nama persidangan

antarabangsa yang diadakan pada bulan Ogos

–Oktober 1944 di Dumbarton-Oaks, sebuah estet

di Washington D.C.

UMUM 
SANTA MARTA

Santa Marta (pend. 218 205) ialah pelabuhan laut

berhampiran hujung utara Colombia. Untuk lokasi,

lihat Colombia (peta). Bandar ini penting sebagai

pusat kapal penghantaran pisang. Beberapa tahun

dahulu bandar ini menjadi tempat yang digunakan

oleh para pengembara untuk memulakan usaha

mencari El Dorado. Santa Marta diasaskan pada

tahun 1525 oleh Rodrigo de Bastidas, ahli

pelayaran dan penjelajah Sepanyol. Ia adalah

petempatan tetap yang tertua di Amerika Selatan.

Tidak jauh dari situ ialah hacienda (estet) San Pedro

Alejandrino dan di sinilah pembebas Amerika

Selatan, Simón Bolívar menghabiskan hari-hari

terakhirnya sebelum meninggal dunia pada tahun

1830.

Lihat juga El Dorado.

UMUM 
GEYLANG SERAI

GEYLANG SERAI, kediaman orang Melayu sejak pertengahan tahun 1800 (yang terletak di daerah Timur Singapura). Dua pertiga daripada tanah kawasan tersebut (600 ekar) dimiliki oleh Syed Abdul Rahman Alsagoff, saudagar Arab, dan keluarganya. Pada masa itu, kawasan tersebut dikenal sebagai ‘Preseverence Estate’. Apabila estet tersebut diserahkan kepada seorang pegawai Inggeris untuk dibangunkan secara lebih teratur, serai mula ditanam secara besar-besaran. Sejak itu timbul nama Geylang Serai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DARURAT

DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas