Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ethiopia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG ITALI–ETHIOPIA

Perang Itali–Ethiopia , pertempuran di antara

Itali dan Empayar Ethiopia Afrika (dahulunya

Abyssinia ) dari tahun 1935 hingga tahun 1936.

Benito Mussolini memulakan perang tersebut

kerana mahu mengalih perhatian rakyat Itali

daripada masalah dalam negara. Dia juga

berharap untuk mendapatkan sumber bahan

mentah untuk industri di Itali.

UMUM 
TASIK TANA

Tasik Tana, juga dikenali sebagai Tsana, terletak

di barat laut Ethiopia. Untuk lokasi, lihat Ethiopia

(peta). Tasik ini bertindak sebagai sumber utama

Sungai Nil Biru, atau Sungai Abbai. Sungai Nil Biru

menerima warnanya daripada air Tasik Tana yang

tidak berkelodak. Tasik Tana letaknya 1829 meter di

atas aras laut, panjangnya 76 kilometer dan lebarnya

71 kilometer.

UMUM 
ETHIOPIA

Ethiopia ialah negara yang terletak di timur laut

Afrika. Ia bersempadan dengan Eritrea di sebelah

utara dan menganjur ke pedalaman Afrika di

selatan dan barat.

UMUM 
ABBYSSINIAAbbyssinia lihat Ethiopia.UMUM 
ADDIS ABABA

Addis Ababa (pend. 1 412 577) ialah ibu negara dan

bandar terbesar Ethiopia. Ia merupakan bandar

utama penting di Afrika dan pusat konvensyen yang

penting bagi persidangan antarabangsa Afrika.

UMUM 
SEMIT

Semit adalah orang yang bertutur dalam bahasa

Semitik, seperti bahasa Arab atau Ibrani. Mereka

hidup terutamanya di Ethiopia, Iraq, Israel, Jordan,

Lubnan, Syria, Semenanjung Arab dan utara Afrika.

Kaum Assyria purba, Babylon, Canaanite, Eblaite

Ibrani dan kaum Phoenicia juga adalah kaum Semit.

UMUM 
ERITREA

Eritrea ialah negara kecil di pantai timur

laut Afrika. Negara ini menganjur sepanjang

Laut Merah, di antara Sudan dengan Djibouti. Di

selatannya terletak Ethiopia. Asmara ialah negara

dan bandar terbesar.

UMUM 
TASIK TURKANA

Tasik Turkana ialah tasik yang panjang lagi

sempit di kawasan tengah timur Afrika. Sebahagian

besar tasik ini terletak di utara Kenya. Hujung di

utaranya menganjur ke selatan Ethiopia. Untuk

lokasi, lihat Kenya (peta). Tasik ini meliputi kawasan

seluas 6405 kilometer persegi.

UMUM 
NUER

Nuer ialah penduduk timur-tengah Afrika yang

memelihara lembu. Kira-kira 460 000 orang Nuer

tinggal di kawasan padang rumput dan paya hulu

Lembah Nil di selatan Sudan dan barat Ethiopia.

Mereka bertutur dalam bahasa yang dikenali

sebagai Nuer, dan dalam bahasa-bahasa Afrika, ia

tergolong dalam keluarga Nilotik. Orang Nuer

tergolong dalam kumpulan orang kulit hitam Afrika

yang dikenali sebagai Nilot dan berkait rapat

dengan orang Dinka (lihat Dinka ).

UMUM 
SALAP GILEAD

Salap gilead , juga dinamakan salap Makkah,

ialah resin yang dihargai sejak zaman purba

kerana keharumannya dan nilainya sebagai salap

ubatan. Ia didapati daripada sap pokok kecil malar

hijau yang terdapat di Semenanjung Arab dan

Ethiopia. Ia mungkin juga salap yang disebut

dalam kitab Bible (Jer. 8:22; Ezek. 27:17). Namanya

juga digunakan untuk bahan aromatik yang

diperoleh dari sejenis poplar balsam .

Lihat juga Poplar; Resin.

UMUM 
12

Kembali ke atas