SKINNER, B.F. | Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya terhadap proses pembelajaran dan kepercayaannya terhadap masyarakat yang terancang. Skinner merupakan penyokong utama <i>pengajaran terancangi>. Dalam program ini, prinsip pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia yang dapat dilihat. | UMUM | |
DE KLERK, F.W. | De Klerk, F.W. (1936– ) ialah Presiden Afrika Selatan dari tahun 1989 hingga tahun 1994. Dalam tempoh memegang jawatan sebagai presiden, dia memainkan peranan penting dalam penghapusan dasar pemisahan etnik Afrika Selatan yang lebih dikenali sebagai <I>aparteid.I> | UMUM | |
A.F. YASSIN | A.F. YASSIN (1944- ), penulis. Dia lahir pada 25 Disember 1944 di Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan. Nama penuhnya ialah Ahmad Fadzil Haji Yassin. | SASTERA | Konsep |
BUCKLEY, WILLIAM F., JR. | Buckley, William F., Jr. (1925– ) ialah editor dan penulis Amerika. Dia menjadi salah seorang jurucakap yang terkenal bagi politik konservatif di Amerika Syarikat. | UMUM | |
REJAB F.I. | REJAB F.I. (1941- ), penulis. Dia lahir pada 12 September 1941 di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis. Nama sebenarnya ialah Rejab bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Santan, Sekolah Melayu Paya dan Sekolah Melayu Kangar hingga tahun 1956. | SASTERA | Tokoh |
FITZGERALD, F.SCOT | Fitzgerald, F. Scott (1896-1940), penulis novel dan cerpen Amerika. | SASTERA | Tokoh |
KENNEDY, JOHN F | Kennedy, John F. (1917-1963), Presiden Amerika Syarikat (1961-1963). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSHING, JOHN JOSEPH | Pershing, John Joseph (1860–1948), mengetuai Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera Amerika untuk menggantikan tenteranya yang diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera Amerika yang semakin kuat akan melemahkan semangat tentera Jerman. | UMUM | |
F | | UMUM | |
FITZGERALD, F. SCOTT | | UMUM | |