SEPUTEH, petempatan lama pada abad ke-5 M. yang terletak di daerah Lampung, selatan Sumatera, Indonesia. Daripada catatan Fa-Hsien, pendeta Buddha, nama Seputeh ialah Yeh-Po-Ti. G.E. Gerini berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti terletak di pantai timur Sumatera, tetapi lokasinya tidak dijelaskan. Penulis dan beberapa sarjana lainnya berpendapat bahawa Yeh-Po-Ti adalah transliterasi daripada nama Seputeh, daerah sekitar Sungai Seputeh, pantai timur Lampung.
Thanks for clicking. That felt good.