Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.lak] | فلک

Definisi : Ar 1. bulatan langit, lengkung langit, cakerawala; 2. = ilmu ~ kajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yg terdapat dlm alam semesta; ahli ~ orang yg ahli dlm ilmu falak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.lak] | فلک

Definisi : 1 bulatan langit; lengkung langit; lingkaran langit. 2 = ilmu ~ ilmu ttg bintang-bintang; astronomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata falak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASTRONOMI

Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah

ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda-

benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli-

ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan

dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas.

Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada

kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka

cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti

“Apakah rencaman bintang-bintang? dan

Bagaimanakah bintang mendapat cahaya”. Oleh

sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga

dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang

mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku

di angkasa lepas.

UMUM 
ÅNGSTRÖM, ANDERS JONAS

Ångström, Anders Jonas (1817–1874), ahli

fizik dan ahli falak Sweden dan merupakan salah

seorang pelopor sains spektroskopi . Sains ini

melibatkan pengkajian tentang cahaya dengan

menyebarkannya ke dalam spektrumnya (warna-warna

unsur).

UMUM 
RAHMAH EL-YUNUSIYAHRAHMAH EL-YUNUSIYAH (1900-1969), pelopor pendidikan moden dan pengasas Sekolah Diniyyah Puteri, Sumatera, Indonesia. Dia lahir pada 29 Disember 1900 di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Rahmah berasal daripada keluarga yang cukup terkenal. Ayahnya Syekh Muhammad Yunus adalah seorang ulama besar. Datuknya, Imanuddin dikenal sebagai pakar ilmu falak (astronomi) dan pemimpin Tarekat Naqsyabandiyah. Ayah Rahmah meninggal dunia ketika dia masih kanak-kanak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK

HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas