Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fansuri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAMZAH FANSURI UMUM 
ABDURRAUF SINGKEL

Abdurrauf Singkel (1592–1693), ulama Indonesia

yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin

Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama

Abdurrauf Singkel diperoleh daripada ‘Abdoerraoef

van Singkel’, nama yang digunakan oleh penulis-penulis

Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk

Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala,

Syiah Kuala, dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala.

UMUM 
ABDURRAUF SINGKELABDURRAUF SINGKEL (1592-1693), ulama dan ahli Tarekat Syatariyah, Indonesia. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. SASTERAKonsep
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah

ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah

as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan

Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab

Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah

Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli

sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’

atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani

pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada

Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah

(1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh

selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia

dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.

Menurut catatan Frederick de Hotman dalam

bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is

Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh

Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung

diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan

Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu

Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.

UMUM 
SYAIR DAGANGSYAIR DAGANG, puisi Melayu tradisional. Berdasarkan pendapat Syed Muhammad Naguib al-Attas, Syair Dagang ialah hasil karya Hamzah Fansuri. SASTERAKonsep
SYEKH ABDUL RAUF SINGKEL

SYEIKH ABDUL RAUF SINGKEL (1593-1695), ulama Indonesia. Beliau lahir di Aceh Selatan, Indonesia. Nama penuhnya ialah Syeikh Abdurrauf bin Syeikh Ali al-Fansuri al-Singkili al-Jawi. Ayahnya berketurunan Arab dan ibunya berasal dari Fansur, Barus, Aceh. Syeikh Abdul Rauf diberi gelaran seperti Syeikh Kuala, Syeikh di Kuala, Ciah Kuala, Tengku Ciah Kuala dan Abdurrauf van Singkel.

SASTERATokoh
SYAIR KEN TAMBUHAN

SYAIR KEN TAMBUHAN, syair panji. Syair ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda pada tahun 1838. Syair ini diterbitkan oleh J.J. De Hollander (1956), H.C. Klinkert (1966) dan A. Teeuw (1968). Menurut R.O. Winstedt, Syair Ken Tambuhan dikarang pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, iaitu abad ke-15. Menurut A. Teeuw pula, syair ini sebagai genre sastera baharu dicipta pada tahun 1600 oleh Hamzah Fansuri. Naskhah syair ini cukup banyak dan dapat dibahagi kepada versi pendek dan versi panjang.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas