Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.qih] | فقيه

Definisi : Ar orang yg ahli dlm ilmu fiqah atau bidang-bidang lain yg diiktiraf dlm pengajian Islam: seorang ulama adalah seorang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faqih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAYSABURIY, ‘ABDULLAH AL-

Naysaburiy, ‘Abdullah al- (706–776 H./1306–

1374 M.), faqih Mazhab Hanafi, cemerlang dalam

bahasa Arab, mendalami tentang al-Manqul dan al-

Ma‘qul . Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Muhammad ibn Ahmad al-Husayniy al-Naysaburiy.

Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menyifatkannya sebagai

Zamakhshariy pada zamannya. Al-Naysaburiy

bekerja sebagai guru di al-Madrasah al-Asadiyyah

di Halab, iaitu sebuah sekolah Mazhab Syafi‘i dan

juga mengajar di Qubbat al-Asadiyyah di Damsyik,

sebuah sekolah Mazhab Hanafiy. Dia menetap di

Damsyik dan Kaherah untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan. Al-Naysaburiy kemudiannya dilantik

sebagai syeikh tarekat di salah sebuah tempat

bersuluk ( al-khawaniq ). Dia menulis kitab Syarh al-

Manar mengenai Usul al-Fiqh berdasarkan

perbincangan yang dibuat oleh al-Nasafiy dan

menulis Syarh al-Tashil mengenai nahu.

UMUM 
ABDUL SAMAD AL- FALEMBANI

ABDUL SAMAD AL-FALEMBANI (  ?-  ?), ulama Indonesia. Nama penuhnya ialah Abdul Samad bin Faqih Hussein Faqih Abdullah al-Falembani. Abdul Samad merupakan salah seorang ulama yang penting pada abad ke –18.

SASTERATokoh
SYEIKH ABDUL SAMAD AL-FALEMBANI

Syeikh Abdul Samad al-Falembani ( ? – ? )

ialah ulama dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Abdul Samad bin Fakih Hussein

bin Faqih Abdullah al-Falembani. Dia juga dikenali

dengan gelaran Abdul Samad Jawi Falembani.

Abdul Samad satu daripada ulama tasawuf yang

penting pada abad ke-18.

UMUM 
TUK PULAI CHONDONGTUK PULAI CHONDONG (1792-1874), ulama.  Dia lahir di Kampung Bukit, Pulai Chondong, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdush Shamad bin Haji Abdullah bin Imam Bira Patani.  Tuk Pulai Chondong merupakan saudara dua pupu Syekh Daud bin Abdullah al-Fatani.  Ayahnya Faqih Haji Abdullah bin Imam Haji Hasyim adalah imam di Kampung Bukit Pulai Chondong.  Dia belajar di Pulai Chondong serta tempat lain di Kelantan dan sekali-sekala belajar di Patani.  Ayahnya adalah ulama yang pakar dalam ilmu fikah, demikian juga dua orang saudara ayahnya iaitu Faqih Deramat dan Faqih Ali merupakan tokoh agama yang terkenal.  Datuknya, Imam Haji Hashim merupakan pakar dalam bidang ilmu saraf, sehingga dia bergelar Tuk Saraf.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK SYEKH DUYUNGTUK SYEKH DUYUNG (1802-1889), ulama.  Dia lahir di Patani.  Nama sebenarnya ialah Haji Wan Abdullah bin Haji Mohamad Amin.  Tuk Syekh Duyung adalah daripada keluarga ulama.  Bapanya terkenal dengan gelaran Tuk Syekh Qadhi, seorang ulama dan pemimpin masyarakat.  Dia berketurunan Faqih Ali Malbari, putera raja Bugis yang mendapat pendidikan Islam di Malabar, India dan kemudiannya menetap di Patani.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK SYEKH BUKIT BAYASTUK SYEKH BUKIT BAYAS ( ?  -1864), ulama.  Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim.  Dia juga dikenal dengan panggilan Syekh Abdul Kadir Bukit Bayas.  Tuk Syekh Bukit Bayas berasal dari Patani.  Dia berhijrah ke Terengganu bersama-sama rombongan Tuk Syekh Qadhi yang mengundurkan diri dari Patani berikutan serangan Siam yang menakluki kerajaan Islam Patani pada tahun 1832.  Tuk Syekh Bukit Bayas adalah saudara Tuk Syekh Qadhi.  Dia juga adalah keturunan daripada Faqih Ali Malbari, putera Raja Bugis yang mengembara menuntut ilmu sampai ke Malabar, India.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TAREKAT QADIRIYAH

TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad.  Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib.  Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali.  Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah.  Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali.  Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf.  Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya.  Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’.  Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat).  Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas