Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah ensiklopedia komprehensif sastera yang mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al- Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30 jilid yang berpandukan sumber-sumber yang berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia yang komprehensif. Ia juga menunjukkan perkembangan penulisan dan pembahagian bab. Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya, dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa bab dan fasal. |