Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah kawasan pelancongan yang terletak di provinsi Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”. Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini, terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang dipelihara terutamanya untuk mendapatkan kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini, peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin, buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting. |