Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi] | في

Definisi : (fai) huruf ke-21 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi] | في

Definisi : (Udg) bayaran yg dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, spt khidmat guaman, perancangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD KASSIMFI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI"> MUHAMMAD KASSIM FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">(1886-1973), penulis Indonesia. Dia lahir di Muara Sipongi, Sumatera Utara, Indonesia. Dia menerima pendidikan di sekolah guru hingga tahun 1935 dan kemudian bertugas sebagai guru sekolah dasar. SASTERATokoh
MUSLIM BURMATFI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI"> MUSLIM BURMAT FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">(1943-     ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London.SASTERATokoh
MUSAFIR

FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">MUSAFIR FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">, novel karya Hassan Ali. Novel ini memenangi tampat kedua Peraduan Mengarang Novel Dewan Bahasa dan Pustaka 1958. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, dan terpilih sebagai teks sastera sekolah menengah. Hingga tahun 1993, Musafir telah diulang cetak sebanyak 13 kali.

FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">   

SASTERAKarya
KAMIL FI AL-LUGHAH WA AL-ADAB, AL-

Kamil fi al-Lughah wa al-Adab, al- ialah salah

satu daripada kumpulan kitab rujukan utama dalam

bidang kesusasteraan Arab. Ia dikarang oleh Abu al-

‘Abbas Muhammad ibn Yazid al-Mubarrid al-

Thumali, berketurunan daripada kabilah Thamalah

al-Azdiyah.

UMUM 
NUZHAH AL-ALIBBA' FI TABAQAT AL-UDABA'

Nuzhah al-Alibba’ fi Tabaqat al-Udaba’,

kitab yang membahaskan ahli bahasa, ahli nahu

dan ahli sastera. Kitab ini dikarang oleh Abu al-

Barakat, Kamal al-Din Abd al-Rahman bin

Muhammad al-Anbariy (meninggal dunia pada

tahun 577 H./1181 M.). Dia ialah salah seorang

daripada ‘ulama‘ nahu yang terkenal serta

mengarang banyak kitab ilmiah.

UMUM 
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB

Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah

ensiklopedia komprehensif sastera yang

mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis

oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al-

Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang

diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30

jilid yang berpandukan sumber-sumber yang

berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala

kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan

ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana

kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat

analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia

yang komprehensif. Ia juga menunjukkan

perkembangan penulisan dan pembahagian bab.

Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya

kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang

dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya,

dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu

dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian.

Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa

bab dan fasal.

UMUM 
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI)

Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan

elektronik yang menghasilkan semula bunyi

dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti

tinggi direka bentuk untuk mengekalkan

ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan

herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini

sering juga digelar sebagai sistem bunyi

stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan

bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi

pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran

yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini,

sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan

semula dari arahnya yang betul.

UMUM 
NAGARAKARTAGAMA

FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">NAGARAKARTAGAMA, FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
MOHD. YUSOF HASAN

FI style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">MOHD.  YUSOF HASAN FI style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">(1940-     ), sarjana kesusasteraan Melayu. Dia lahir pada 20 Januari 1940 di Jitra, Kedah. Mohd. Yusof mendapat pendidikan di Sekolah St. Micheal (swasta), Alor Setar (1951-1956). FI style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">Dia kemudian lulus Certificate of Education pada tahun 1960. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1969. Dia memperoleh Diploma of Education di Universiti yang sama pada tahun 1970. Pada tahun 1976, Mohd. Yusof lulus ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dia ke Australian National University, Canberra, Australia untuk melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1986.

SASTERATokoh
MUSANG BERJANGGUT

FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">MUSANG BERJANGGUT FI" style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: FI">, cerita jenaka Melayu yang memperlihatkan unsur pengaruh asing terutama pengaruh Arab dan Parsi. Cerita ini ditulis kembali oleh R.O. Windstedt dan dimuatkan dalam JMBRAS No. 52 dan diterbitkan pada tahun 1909.

SASTERAKarya
1234

Kembali ke atas