ARMITAGE, KENNETH | Armitage, Kenneth (1916–2002) ialah pengukir Inggeris yang mendalami bidang figura separa abstrak yang diperbuat daripada gangsa. Banyak figura ini dibahagikan kepada kumpulan tertentu mengikut gaya pakaian yang telah diolah. | UMUM | |
MENGUKIR | Mengukir ialah seni memahat figura, hiasan, atau objek dengan tangan untuk hiasan pada bahan seperti batu, marmar, kayu, gading, tulang dan cangkerang. Istilah seni arca menunjukkan ukiran besar pada batu, marmar atau kayu. Istilah mengukir merujuk kepada seni arca kecil dan kepada hiasan yang diukir pada perabot atau bahagian bangunan. | UMUM | |
MENGUKIR KAYU | Mengukir kayu ialah perbuatan mencipta figura atau reka bentuk pada kayu dengan memotong atau memahat kayu. Mengukir kayu adalah satu hobi dan satu bentuk seni. Sesetengah ukiran dilakukan dengan mesin yang mempunyai pemotong yang dipasang pada gelendong berkelajuan tinggi. Rencana ini memerikan cara mengukir kayu dengan tangan. | UMUM | Umum |
KUDA PUTIH | Kuda putih ialah figura yang dipahat pada lereng bukit kapur di beberapa kawasan di Britain. | UMUM | |
SENI UKIR SABUN | Seni ukir sabun ialah seni memotong sebuku sabun untuk membentuk satu reka bentuk timbul atau arca figura. Untuk menghasilkan karya yang terbaik, sabun yang lembut, sama ada putih atau berwarna, paling sesuai digunakan. Sabun yang keras atau telah lama mungkin rapuh dan mudah terserpih. | UMUM | |
SENI BYZANTINE | /p> Seni Byzantine ialah gaya seni Kristian Timur yang berkembang maju semasa zaman Empayar Byzantine. Ia terkenal terutamanya kerana gereja berkubah dengan hiasan bahagian dalam yang mengagumkan. Bahagian dalamnya menampilkan mural dalam banyak gaya yang berwarna-warni, yang menggambarkan figura keagamaan dan maharaja. | UMUM | |
MAILLOL, ARISTIDE | Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir Perancis. Seperti kebanyakan pengukir generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran zaman klasik awal Yunani. | UMUM | |
SENI CAROLINGIAN | Seni Carolingian ialah gaya seni yang dicipta pada akhir 700-an M. dan 800-an M. di Perancis dan barat Jerman. Seni Carolingian mengambil sempena nama Charlemagne, yang menjadi raja orang Frank dari tahun 768 M. hingga tahun 814 M. Arkitek Carolingian memberi sumbangan yang besar dari segi reka bentuk gereja dan perancangan biara. Jurutulis Carolingian mencipta jenis tulisan yang baru. Pada abad yang lalu, pelukis telah memberi tumpuan kepada pola geometri abstrak dan haiwan hebat. Pelukis, pengarca, dan artisan Carolingian memperkenalkan figura manusia pada latar belakang semula jadi ke dalam seni tampak. | UMUM | |