Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , = ilmu ~ pengetahuan (ilmu) ttg ibadat dan hukum-hukum syarak dlm agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FIKAHsalah satu dalam ajaran islamAGAMAKonsep
MINHAJ AL-TALIBIN

Minhaj Al-Talibin ialah buku fikah tulisan Muhyi al-Din Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf bin Muri al-Dimasyqi (631-676 H), atau yang lebih dikenali sebagai Imam Nawawi.

AGAMAKarya
NURUDDIN AR-RANIRI

Nuruddin ar-Raniri (?–1658) ialah ulama,

penulis, mujaddid, dan Syeikh Tarekat Rifa’iyah di

India . Nuruddin terkenal sebagai ulama yang luas

pengetahuannya. Ilmu agama yang dikuasainya

ialah fikah, hadith, akidah, dan tasawuf. Dia juga

pakar dalam bidang falsafah, sejarah, dan

perbandingan agama.

UMUM 
MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWI

Muhammad Idris al-Marbawi (1893-1989), penyusun kamus dan ulama Islam dalam bidang hadis, tafsir, dan fikah.

BAHASATokoh
HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD

HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD (1873 – 1939), ulama tasawuf. Dia lahir pada tahun 1873. Dia melanjutkan pelajaran ke Makkah selepas ayahnya, Tuan Tabal meninggal dunia. Sewaktu berada di sana, Haji Wan Musa bukan sekadar mengikuti perkembangan politik tetapi turut terpengaruh dengan pandangan ilmu fikah yang terdapat dalam majalah keluaran ulama Islah. Sejak awal abad ke-20, dia mempunyai tanggapan bahawa untuk memajukan ilmu fikah dan umat Islam, pendekatan bertaklid buta pada kitab karang ulama tradisional negeri Kelantan perlu dihentikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SABIL AL-MUHTADIN

SABIL AL-MUHTADIN, kitab fikah Islam berbahasa Melayu (Jawi), disusun oleh Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama dari Kalimantan Selatan.  Judul lengkap kitab ini ialah Sabil al-Muhtadin Littafaqquh fi Amra l-Din, yang bermaksud, jalan orang-orang yang memperoleh petunjuk Ilahi untuk memahami secara mendalam tentang urusan agama Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
FURU AL-MASA'IL

FURU AL-MASA’IL, kitab fikah. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769 – 1847). Kitab ini diterbitkan oleh Matbaat Dar al-Ma’arif, Pulau Pinang (tanpa tarikh) dalam dua jilid yang disatukan. Jilid pertamanya setebal 275 halaman manakala jilid ke duanya setebal 394 halaman.

SASTERAPenerbitan
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 
SIRAT AL-MUSTAQIM

SIRAT AL-MUSTAQIM, kitab karya Nuruddin al-Raniri.  Kitab ini mula ditulis pada tahun 1634 hingga tahun 1644.  Sirat al-Mustaqim dipercayai kitab fikah yang pertama dalam bahasa Melayu.  Manuskrip asli tulisan tangan pengarang kitab ini hingga kini masih belum ditemui.  Salah satu salinan yang ada ialah salinan Lebai Polim Aceh, yang disalin pada tahun 1680.  salinan tersebut asalnya milik Sultan al-Mu’azzam Raja Yusuf Makanah, yang dihadiahkan kepada pangeran Anom Kesuma Negara dari Mempawah oleh Sultan Bone.  Pada tahun 1989, manuskrip ini dimiliki oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan diberi nombor kelas MS 1102.  Manuskrip ini berukuran 20.5 cm x 16.8 cm, purata 19 baris setiap halaman, setebal 173 halaman.

SASTERAKarya
TUAN TABAL

TUAN TABAL (1816 – 1891), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani al-Jawi. Tuan Tabal belajar dengan Syekh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang ilmu fikah dan telah tamat belajar kitab “Tuhfah”. Dalam bidang ilmu tasawuf pula dia menerima Tarekat Ahmadiyah. Ada pendapat yang menyatakan Tuan Tabal menerima bai’ah Tarekat Ahmadiyah daripada Sidi Ahmad Danderawi, dan ada yang meriwayatkan bahawa Tuan Tabal telah berguru langsung kepada Sidi Ibrahim, murid kepada Sidi Syekh Ahmad bin Idris iaitu pengasas Tarekat Ahmadiyah yang berasal dari Afrika Utara. Menurut sejarah, Tuan Tabal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa tarekat itu ke Kelantan, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Sememnanjung Tanah Melayu, walaupun yang lebih terkenal dalam penyebaran tarekat ini ialah Haji Muhammad Said Linggi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas