Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan sesetengah penyakit yang paling teruk kepada manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu membawa kuman yang menyebabkan penyakit serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan demam kuning. Apabila nyamuk “menggigit”, ia mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia mempunyai “gigitan” yang menyakitkan. Banyak daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit hidup di kawasan yang panas, lembap dekat khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua bahagian di dunia, malah di Artik. |