Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.la.te.li] | فيلاتلي

Definisi : kegemaran mengumpul dan mengkaji setem (pos). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filateli


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGUMPUL SETEM

Mengumpul setem ialah salah satu daripada

hobi mengumpul yang paling popular di dunia.

Orang muda, orang tua, orang kaya, dan orang

miskin di setiap negara mengumpul setem.

Mengumpul setem pernah dikenali sebagai “hobi

raja dan raja segala hobi”. Raja George V dari

England, Presiden Amerika Syarikat, Franklin D.

Roosevelt, dan ramai lagi tokoh terkemuka,

mengumpul setem. Pengumpul setem dikenali

sebagai ahli filateli. Nama tersebut berasal daripada

dua perkataan Yunani, philos yang bermaksud

penyayang, dan atelos, yang bermaksud bebas

daripada cukai, atau berbayar. Setem ialah tanda

pengeposan atau cukai telah dibayar.

UMUM 

Kembali ke atas