ASMA ALLAH AL-HUSNA | Asma Allah al-Husna ialah nama-nama bagi zat Allah S.W.T. yang disebut dalam al-Qur’an dan juga dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah yang bermaksud: “Allah S.W.T. mempunyai nama-nama yang baik”. | UMUM | |
AZAN | Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam. Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk rantau) yang jauh”. | UMUM | |
ANSAR | Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong mereka di kalangan penduduk Madinah yang beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul- Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar …” ( Surah al-Tawbah 9: 100) | UMUM | |
SURAH AL-KAFIRUN | Surah al-Kafirun ialah salah satu surah Makkiyyah, surah yang ke-109 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi enam ayat. Nama surah ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang berbunyi: “Ya Ayyuha al-Kafirun”. (Surah al-Kafirun 109:1) | UMUM | |
SURAH AL-TAKWIR | Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 29 ayat. Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)”. (Surah al-Takwir 81:1) | UMUM | |
SURAH AL-TIN | Surah al-Tin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-95 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Tin berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Demi buah tin dan zaitun”. (Surah al-Tin 95:1) | UMUM | |
SURAH AL-TAKATHUR | Surah al-Takathur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Takathur (memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang bermaksud: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak harta-benda dan anak-pinak, pangkat dan pengaruh)”. (Surah al-Takathur 102:1) | UMUM | |
SURAH AL-TAGHABUN | Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 18 ayat. Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipumenipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al- Taghabun (tipu-menipu)...”. (Surah al-Taghabun 64:9) | UMUM | |
SURAH AL-MULK | Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiaptiap sesuatu”. (Surah al-Mulk 67:1) | UMUM | |
SURAH AL-HASHR | Surah al-Hashr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-59 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 24 ayat. Surah ini dinamakan al-Hashr (perhimpunan musuh) kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir antara golongan Ahl al-Kitab dari kampung halaman mereka pada julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah…”. (Surah al-Hashr 59:20) | UMUM | |