Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata flat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAMA PADANG

Nama padang mungkin memerikan bentuk

padang, kualiti dan lokasinya. Sesetengah padang

diberi nama mengambil sempena nama orang atau

peristiwa bersejarah. Nama seperti brade, balk, flat

dan shute merujuk kepada bidang tanah di padang

terbuka pada Zaman Pertengahan. Sesetengah

nama padang berasal daripada kata lama bagi

pastura dan kandang haiwan. Beberapa nama aneh,

nama julukan, dan nama ironik juga diberikan

kepada padang.

UMUM 
TENOR

Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi

lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan

nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat

menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan

penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih

kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat

di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada

paling dekat dengan bahagian tengah not nada

piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya

dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang

lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas.

UMUM 
SIMON, NEIL

Simon, Neil (1927– ) ialah penulis drama

Amerika. Komedi dan muziknya terkenal

menjadikannya penulis drama yang paling

komersial dalam sejarah teater Amerika.

Marvin Neil Simon lahir di New York City.

Drama pertamanya merupakan komedi ringan

yang lucu, bermula Come Blow Your Horn (1961).

Barefoot in the Park (1963) didasarkan pada

pengalamannya sebagai pengantin baru yang

tinggal di flat di New York.

UMUM 

Kembali ke atas