FLORENCE | | UMUM | |
NIGHTINGALE, FLORENCE | Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa makna menjaga orang sakit, mengambil berat terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital. | UMUM | |
RATHBONE, ELEANOR FLORENCE | Rathbone, Eleanor Florence (1872–1946) ialah reformis sosial British. | UMUM | |
BRUNELLESCHI | Brunelleschi (1377-1446), arkitek yang terkenal pada awal era seni bina Renaissance di bandar Florence, Itali pada abad ke-15. Nama sebenarnya ialah Filippo di Ser Brunellesco, anak diplomat yang kaya di bandar Florence. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
SIENA | Siena (pend. 61 888) terletak di atas bukit di Tuscany berhampiran Florence, Itali (lihat Itali [peta politik]). Medan pusatnya, Piazza del Campo, terkenal pada peringkat antarabangsa. Dewan bandar rayanya terletak bertentangan medan pusat bandar tersebut. Perlumbaan kuda yang dianjurkan oleh daerah di bandar itu yang dikenali sebagai Palio berlangsung di medan bandar ini setiap tahun. Katedral Goth Siena dibina daripada marmar hitam putih, ialah satu daripada katedral Zaman Pertengahan yang terkenal di Eropah. Siena mempunyai universiti yang bertarikh dari tahun 1200-an. Bandar ini ialah tempat lahir Saint Catherine, santo penaung di Itali. Lihat juga Simone Martini. | UMUM | |
TEROWONG APENNINE | Terowong Apennine ialah terowong kereta api
di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5 kilometer dan menjadikannya terowong kereta api terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja mengorek lubang dari bahagian tengah. | UMUM | |
MEDICI | Medici ialah nama sebuah keluarga pemerintah di Florence, Itali. Ahli-ahli keluarga tersebut memainkan peranan yang penting dalam sejarah Itali dan Perancis dari tahun 1400-an sehingga tahun 1700-an. | UMUM | |
SUNGAI ARNO | Sungai Arno berpunca di bahagian Etruscan di Pergunungan Appenine di barat laut Itali. Sungai ini mengalir ke barat kira-kira 240 kilometer lalu masuk ke Laut Liguarian (lihat Itali [peta fizikal]). Hanya kira-kira 32 kilometer dari Sungai Arno adalah sesuai untuk pelayaran. Bandar Florence dan Pisa terletak di sepanjang tebingnya. Lembah Arno yang subur mempunyai ladang anggur dan ladang pokok zaitun dan juga terkenal kerana keindahan pemandangannya. Lihat juga Florence; Pisa. | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi – Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
BOTTICELLI, SANDRO | Botticelli, Sandro (1444?–1510), pelukis Renaissance Itali yang tinggal dan bekerja di Florence. Lukisannya bersifat tersendiri kerana garisnya yang jelas dan berirama, warnanya yang lembut, dan hiasannya yang kaya dan cita rasa puisinya. | UMUM | |