Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata florida


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FLORIDA KEYS UMUM 
FLORIDA UMUM 
TAMPA

Tampa, Florida (pend. 280 015) ialah bandar

pelabuhan yang utama di Amerika Syarikat, pusat

perdagangan dan industri dan bandar yang ketiga

terbesar di Florida. Ia terletak di barat daya pantai

Teluk Tampa, iaitu serokan Teluk Mexico.

Pelabuhan Tampa mengendalikan lebih banyak

kargo daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Florida,

iaitu kira-kira 45 juta tan metrik setahun. Eksport

tahunannya termasuk sembilan juta tan metrik bijih

fosfat dari lombong berdekatan. Kumpulan kapal

nelayan yang berpangkalan di Tampa menangkap

udang dan lain-lain hasil laut dalam jumlah yang

banyak.

UMUM 
SAINT AUGUSTINE

Saint Augustine, Florida (pend. 11 985), ialah

petempatan tetap yang tertua yang diwujudkan di

Amerika Syarikat oleh orang Eropah. Ia diasaskan

pada tahun 1565 oleh penjelajah Sepanyol, Pedro

Menendez de Aviles. St. Augustine terletak di

timur laut Florida berhampiran Lautan Atlantik.

UMUM 
PONCE DE LEÓN, JUAN

Ponce de León, Juan (1474–1521) ialah

penjelajah Sepanyol. Dia mengetuai ekspedisi

Eropah yang pertama sampai ke Florida, Amerika

Syarikat. Ponce de León menjelajahi banyak

bahagian Florida dalam usahanya untuk mencari

mata air khayalan yang dipanggil Fountain of Youth

(Air Pancut Remaja). Mata air ini, kononnya, akan

mengembalikan keremajaan seseorang itu apabila

dia mandi di dalamnya atau meminum airnya.

UMUM 
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM 
KEY WEST

Key West, Florida (pend. 24 832) ialah bandar

paling selatan di benua Amerika Syarikat. Bandar

ini terletak di sebuah pulau batu karang lebih

kurang 160 kilometer di sebelah barat daya

tanah besar.

UMUM 
MANCHINEEL

Manchineel ialah sejenis pokok yang tumbuh di

pantai Florida dan di kebanyakan tempat di hutan

tropika Amerika dan Hindia Barat.

UMUM 
PUERTO RICO

Puerto Rico ialah pulau di Laut Caribbean, kira-

kira 1600 kilometer ke tenggara Florida, Amerika

Syarikat. Pulau ini ialah wilayah jajahan takluk

(komanwel) Amerika Syarikat. Nama rasminya ialah

Komanwel Puerto Rico.

UMUM 
SEGI TIGA BERMUDA

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai

Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai

tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal

dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari

kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan

ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854,

lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang

telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini.

UMUM 
123

Kembali ke atas