FONOLOGI | Fonologi ialah cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. | BAHASA | Disiplin Ilmu |
FONOLOGI BAHASA MELAYU | FONOLOGI BAHASA MELAYU, sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, fonologi dikaji dengan mengumpulkan bunyi-bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa itu untuk dibanding-bandingkan sehingga perbezaan antara bunyi itu terserlah dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, mengikut kerangka teori yang digunakan. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU BERAU | DIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal. | BAHASA | Bahasa |